Tuesday, December 7, 2010

Sukarnya (Bebaskan diri anda dari hutang)


Pernahkah kita terfikir betapa sukarnya hidup di bandar besar seperti Kuala Lumpur dan bandar-bandar besar yang lain, segalanya perlukan wang untuk bergerak, hatta nak ke tandas pun perlukan wang. Status sebagai bandaraya memang membawa seribu kesenangan pada warga kota untuk mencari rezeki, tapi selaras dengan kenaikkan taraf hidup disamping kenaikkan barang-barang asasi memang merungsingkan semua pihak.

Besar mana lah sangat gaji RM2 ribu jika nak dibandingkan dengan perbelanjaan yang perlu dilakukan dari sehari ke sehari. Mungkin jika orang bujang ianya mencukupi tapi bagi yang telah berkeluarga, memang pening nak di fikirkan. Bila ianya terjadi mulalah membuat pinjaman di institusi kewangan, bermulalah hidup berhutang. Tapi apakah ianya akan berhasil menyelesaikan segala masaalah. Ibarat korek lubang tampal lubang, tiada penyudahnya.

Makin teruk ada yang meminjam dari tempat yang tak sepatutnya, lagilah kes teruk.. diburu ALONG... Maka berderetlah berita yang akan keluar di dada akhbar. Sebenarnya ini salah kita, kerana kita yang mencorakkan hidup kita, kita tahu kemampuan kita,t api kita buat tak tahu saja, perbelanjaan yang berlebihan dari pendapatan memberi bukti nyata bahawa faktor kepesatan bandaraya itu bukan 100 peratus boleh di sebabkan untuk menjadikan kita sebagai pemiutang..

Akhir kalam,nilaikanlah diri anda,buatlah perbelanjaan berhemah dan teruslah berusaha untuk memajukan hidup anda.saya berpesan pada diri sendiri,keluarga dan anda semua teman yang saya hormati.

   

2 comments:

Pemilik Blog said...

semua org ada hutang.. yg penting pandai2 la control..

http://blogmacammacamada.blogspot.com

KART ZAIRE said...

yang jadi masaalah bila tak pandai control..hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...