Tuesday, December 7, 2010

Cita-cita ku..


Dulu aku bercita-cita untuk menjadi seorang penulis yang berjaya, tapi angan-angan ku hanya lah di hati, kerana kedaifan aku menyusur hidup, membuat aku tak berupaya mengalas keinginan ku itu. Maka terbiarlah angan-angan menjadi basi di mamah usia di telan zaman. Aku dah hampir terlupa bila seorang teman menyapa aku untuk bangun dari mimpi yang tak sudah. Aku masih ingat pada masa kecil ku, aku sering menulis cerita-cerita merapu di helaian kertas kosong dan sudah pastilah buku sekolah menjadi mangsa kerakusan aku menulis.
       
Dulu aku ingat menulis itu senang tapi rupanya memang susah, nak tercabut otak memerah idea agar pembaca puas dengan apa yang di baca. Memang dah lama aku tinggalkan cita-cita yang murni ini, keyakinan juga tak ada disamping jahilnya aku pada dunia penulisan. Aku tak malu mengaku kekurangan ini, kerana aku tahu di mana taraf ku.. Aku cuma insan kerdil yang menumpang di sini, dengan bahasa pincang mengharap ada mereka membaca nukilan ku....

Tidak dapat ku gambarkan satu kepuasan, bila nukilan atau tulisan ku di tatap dan di baca oleh teman-teman. Mungkin bahasanya agak janggal dan ketinggalan zaman, tapi aku akan terus berusaha hingga satu hari nanti aku puas bila ada yang merindui penulisan ku.

Pada teman yang membawa aku ke sini, hanyalah ucapan terima kasih dapat ku berikan. Kini aku sudah bertemu dengan apa yang aku idamkan. Semoga usahaku tidak terhenti di sini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...