Tuesday, December 7, 2010

Hentikan segera


Syukur aku pada IIahi di kurniakan sepasang cahaya mata yang comel. Anak ku adalah penyambung zuriatku.. aku tak dapat gambarkan saat aku menjadi bapa. Sebab itulah aku tak faham kenapa tergamaknya mereka-mereka yang tak bertanggungjawab membuang bayi di mereta tempat. Dimanakah letaknya nilai murni yang kita agungkan, dimanakah ikhsan kita pada tangisan bayi kecil yang ditinggalkan.

Saban waktu, jua saban hari ada saja berita pembuangan bayi dilakukan, sedihnya ia nya berlaku di dalam masyarakat yang menjunjung Islam sebagai cara hidup. Sedih bila diingati bayi yang baru lahir ditinggalkan di luar masjid, didalam rumah kosong, di tepi tangga rumah dengan ditemani semut kecil dan kesejukkan. Sedarlah wahai semua jangan di gadai agama kita pada perbuatan salah yang kita lakukan.

Bayi kecil yang dilahirkan sebenarnya suci seperti kain putih kitalah yang bakal mencorakkannya.. kenapa begitu mudah mengambil jalan membuangnya. Dosa yang dilakukan tak terhapus dengan membuang bayi kecil yang tak berdosa. Malukah puncanya.. apakah yang lebih malu lagi bila kita mengadap Allah yang menjadikan kita. Sepatutnya rasa bersalah itu kita susuli dengan taubat pada Illahi bukannya menjadi manusia yang hilang pertimbangan.

Allah itu maha pengampun, pintalah keampunannya. Andai tersesat jalan kembali ke pangkal jalan. Hentikan segera gejala buang bayi. Bebaskan minda dan sucikanlah hati. Pada yang telah terlanjur ingatlah jangan dipersiakan anak yang lahir kerana ia tidak berdosa,yang berdosa adalah ibubapanya.

Berpesanlah pada semua kembalilah merapatkan ummah, tegur menegur mencegah kemaksiatan. Semoga kita menjadi ummah yang diberkati. Sayangilah anak anda, bekalkanlah dengan ajaran dan nilai agama agar membesar sebagai Islam sejati.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...