Thursday, December 9, 2010

Kawan(Satu Anugerah)


Pernahkah anda mempunyai teman rapat, teman yang boleh di ajak berkongsi cerita tentang kisah suka dan duka, seorang kawan yang boleh menangis dan ketawa bersama dalam mengharungi keperitan melayari kehidupan ini.. Memang sukar bertemu kawan yang boleh menangis bersama tapi ramai yang bertemu dengan kawan yang boleh ketawa bersama-sama.

Zaman yang serba canggih ini, apakah masih ada teman rapat atau kawan karib. Berlegar persoalan ini dalam hati saya, manakan tidak, bila kita sering dikejutkan dengan berita kawan makan kawan. Istilah yang biasa kita dengar jua tak mampu kita dengar lagi sebenarnya

Kawan sendiri sanggup tikam kita dari belakang, sanggup jatuhkan kita dalam perebutan mencari nama mahu pun jawatan dalam sesebuah organisasi. Jelek sungguh perbuatan inikan.... Jadi dimanakah takrif kawan sejati, sanggup susah dan senang bersama ibarat makan sepinggan tidur sebantal. Teorinya cukup mudah, kerana nafsu mengatasi keimanan, maka tergadailah panji-panji kesetiaan.

Kenapalah begitu mudahnya kita mengadaikan kepercayaan untuk menjadi seorang kawan yang di percayai, kita sering impikan menjadi kawan yang sempurna, kita ikhlas, jujur dan berusaha mengenali kawan kita, tapi ibarat madu di balas tuba, kita di hancurkan oleh kawan sendiri.

Pernah dengar atau terbaca runtuhnya rumahtangga atau putusnya tali pertunangan atau jua percintaan kerana seorang kawan. Kisah itu mungkin segelintir sahaja tapi kalau kita halusi ianya bakal menjadi barah dalam organisasi kemasyarakatan masa kini jika setiap antara kita tidak di bekalkan dengan keimanan yang tinggi, tolenransi dan hidup saling memerlukan antara satu sama lain.

Sesungguhnya berkawan itu penting dan kita tak mampu membelah badai menghela nafas, tanpa seorang kawan yang mengambil tahu hal kita, berpesan-pesanlah saya pada diri sendiri supaya tidak menjadi seperti kawan makan kawan.. Indahkan hidup kita dan berpesanlah menghargai anugerah Allah yang menemukan kita dengan insan yang bergelar KAWAN.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...