Tiap pagi aku pasti di usap oleh penjaga ku.. katanya mungkin hari ini ada orang yang akan membawa ku pulang.. berdebar aku menantikan saat itu. Jam menunjukkan pukul 12.00 tengahhari, waktu orang keluar makan.. kata hati ku.. mana orang yang nak membawa ku pulang?
Aku masih menanti, ku lihat kawan-kawan ku satu persatu dah pergi.. tak cantik kah aku ini hinggakan di pandang sepi..?Tiba-tiba ada orang menuju ke arah ku, dengan penuh kesopanan aku diambilnya di usap dan dibelai.. Ohh mungkin ini orangnya.. jangkaan ku memang tepat, aku diserahkan pada tuan baru ku untuk di bawa pergi.. maka bermulalah hidup ku di tempat baru...
Di rumah aku dijaga penuh hormat, sesekali aku dibawa berjalan-jalan, aku dilayan dengan cermat sekali.. masa silih berganti.. hampir setahun aku di sini.. bermacam-macam perkara dah ku lalui.. kini aku semakin uzur, diri ku tak terjaga lagi.. aku dah di mamah usia..
tempat tinggal ku bukan lagi di tempat yang nyaman tapi di luar rumah. Aku sering berhujan dan berpanas.. kini aku jatuh sakit.. tuan ku makin hari dah melupai aku.. Satu hari aku terdengar tuan ku bercakap."Mama esok adik nak beli kasut baru, kasut tu adik nak buang sebab dah koyak".. Ahhh luluh hati ku..
kemanakah haluan ku nanti, siapalah yang sudi menerima ku lagi, inilah nasib ku.. walau pun harga ku mahal beratus tapi aku hanyalah sepasang KASUT yang layak di kaki sahaja.. sampai waktu aku akan pergi dan itulah nasib ku....

No comments:
Post a Comment