Sunday, December 5, 2010

Susahnya nak dapat (Satu penilaian)


Masih lagi mencari atau dah ada yang punya.. dah kahwin? emm atau dah bertunang... macamana yek nak mencari pasangan yang sesuai dengan kehendak hati.... ??

tak mahu yang pendek tapi tak mahu yang tinggi sangat, tak mahu yang gemuk tapi janganlah kurus sangat.. tak mahu yang kuat makan, tak mahu yang kuat berleter, tak mahu yang berambut pendek.... ahhhh tensionnya...

macam-macam tak mahu.. adat kita manusia memilih pasangan hidup mesti nak yang sempurna.. sedangkan kita tahu tiada yang sempurna.. pernahkah kita berkata pada hati kita sendiri.. Aku pun banyak kekurangan.. pernah tak kita bermuhasabah diri kita.. pernah tak?

Sukarkan nak memilih teman hidup... cuba kita pergi ke pusat membeli belah, baik lelaki mahu pun wanita.. ramai kita lihat yang cantik mahupun tampan, cuba kita lihat pasangan mereka.. janganlah tersenyum bila kita melihat kalau lelakinya tampan pasangannya ala kadar aje begitulah sebaliknya..kenapa yek?

Anda tahu jawapannya? Cinta tak mengenal usia, pangkat mahu pun rupa.. bukankah kita sudah diajar dalam agama cara memilih pasangan hidup..

Nah.. tepuk dada tanyalah selera.. anda yang memilihnya.. jelinglah isteri anda, tunang anda atau kekasih anda.. dan bisikkan dalam hati.. apakah kamu pilihan saya?

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...