Sunday, December 5, 2010

Laparnya ( Masak apa hari ni ?)


Laparnya... pasti ada yang selalu mengucapkan kata azimat tersebut.. Bila kita kata lapar maka terbayanglah berbagai jenis juadah yang menyelerakan.. ahhh laparnya.. dimana pilihan anda? di kedai mamak atau di restaurant 5 bintang, mungkin di hotel mewah atau gerai di tepi jalan... apa pun pilihan anda, pastinya nasi menjadi pilihan...

Bercakap pasal juadah.. pernahkah anda terfikir kenapa air masakan ibu amat kita minati dan sukai.. rata-rata mengatakan bahawa masakan ibu lah yang paling sedap.. ada rahsiakah yang tersembunyi?

Mari kita berfikir.. bagaimana dengan masakan isteri? Satu persoalan timbul.. isteri sibuk bekerja selalu makan diluar aje.. malam pun sama dah letih.. kat luar senang, order aje semua ada...Hah !  betul kah apa yang saya fikirkan ini... Sejauh mana kah isteri atau pun bakal isteri anda atau pun anda sendiri dari golongan wanita rasa tercabar bila dikatakan tidak tahu memasak..??

Lambakan chef lelaki di pasaran kini mengiakan teori dan pendapat ini.. barangkali sudah sampai masanya kita fikirkan bahawa setiap wanita perlu di bekalkan dengan ilmu memasak.. bukan kah ibu kita guru yang paling ideal... Nah tepuk dada tanya selera...

apakah alasan sibuk bagi isteri yang berkerja hanya menutup kelemahan.. atau memang waktu membatasi kehendak.. mungkin hanya segelintir saja para wanita sebegini dan kita tak mahu yang sedikit ini mencalarkan imej para wanita yang lain... atau mungkin kaum lelaki akan mengambil alih tanggungjawab memasak dari wanita...

Fikirkan lah sementara kita masih boleh menyebut perkataan LAPAR...e mmm anda lapar.. telepone lah isteri anda... Sayang , masak apa hari ni.. abang lapar lah..?

3 comments:

Sang Gabriel said...
This comment has been removed by the author.
Sang Gabriel said...

masakan ibu tersangatlah sedap kerna dari kecik kite dok makan makanan hasil dari air tangan die. so masakan ibu telah biasa di lidah kite, n jadi benchmark tok tentukan kesedapan makanan lain

KART ZAIRE said...

hahaha saya setuju sangat..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...