Sunday, December 19, 2010
Relakan ku pergi
Hari-hari berlalu aku menjadi sang penanti yang seakan tak mahu menanti lagi,aku tak ingin lagi menunggu terbitnya rembulan,Aku tak mahu terus di buai kisah lalu antara kita.Aku tak pasti apakah aku masih perlu berada di pesisiran penantian ini,atau mungkin aku perlu pergi jauh tanpa meninggalkan bicara perpisahan.
Maafkan lah aku kerana terlalu biadap menyingkirkan rasa hormat mu ke atas ku..aku tak pasti apakah engkau marah atau berkecil hati,aku telah nyatakan pada hati bahawa kasih ku bukan untuk di nanti,sayang ku bukan untuk digilai..Hari ini aku terpaksa pergi meninggalkan satu bicara sadis untuk mu yang aku tak akan menanti lagi.Aku tak mahu di bohongi dan membohongi..Kini aku pasti,kau perlu meneruskan perjalanan mu..kerana daerah yang kau tuju,masih jauh lagi,sedangkan aku telah menjumpai permata yang ku cari.
Andainya aku pergi dan tak menanti lagi,ingin sekali aku memberitahu mu,bahawa aku senang sekali berbicara dengan mu,aku senang menjadi penanti yang setia pada setiap kali kau hadirkan resah.Tapi sekarang tidak lagi,aku memilih untuk tidak lagi menanti sang rembulan menyinar,kerana aku pasti aku bahgia walaupun tiada teman untuk di ajak berbicara.
Aku tak akan berbicara lagi tentang resah menanti,kisah ini akan tamat angkara rakusnya aku merelakan kenangan lalu pergi tanpa jelingan rinduku menjengok hati mu..Aku ingin sekali mengutuskan kata bahawa aku tak akan menanti dan usahlah kau jua menanti.Sayangnya kita harus pergi berasingan menuju jalan sendiri..kelu aku kerana terlalu angkuh menolak mu pergi.Hanya kemaafan kerana kadang-kadang aku jua terkeliru dengan firasatku.
Labels:
bicara hati
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment