Sunday, December 19, 2010
Barang buatan Malaysia
Sejauh mana anda mengikuti slogan BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA ?Pertanyaan yang sering di lemparkan bila kita menilai dan membeli beberapa barangan yang berada di pasaran sekarang.Kita sungguh bertuah sebenarnya kerana barangan kita sudah sampai ke serata dunia.Ini menandakan bahawa barangan kita juga bermutu dan setanding dengan barangan buatan luar negara.
Tapi amat malang dan menyedihkan bila orang kita sendiri seolah-olah menidakkan barang kita sendiri,kita berbangga dengan apa yang orang kita usahakan contohnya projek kereta nasional.Memang kita akui sebenarnya kita perlu lebih banyak belajar untuk menjadi lebih berjaya tapi pokok pangkalnya sudah tentu penglibatan orang tempatan.Kita harus menyokong barang-barang yang dihasilkan di negara kita.Siapa lagi kalau bukan kita yang membelinya.
Penglibatan kerajaan dalam menjamin barangan buatan Malaysia untuk menjadi barangan yang bermutu amat kita hargai,dan kita berharap suatu hari nanti,agar setiap antara kita merasa bangga memiliki apa jua barangan yang di labelkan barang buatan kita.Ketepikan dulu segala fahaman atau pun perbandingan antara barangan serata dunia,kita sematkan satu wacana untuk melihat barangan kita menerjah kepercayaan semua dan akhirnya kita mampu tersenyum bila barangan kita menjadi sebutan ramai.Marilah tak kira tua atau muda,kaya atau miskin,asalkan kita mampu memiliki,kita sematkan dalam hati untuk hanya membeli barangan buatan Malaysia.Kita mampu melakukannya.
Labels:
bicara semasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment