Monday, December 20, 2010
Sungai
Aku tertarik untuk berilmiah tentang sungai,kewujudan sungai suatu masa dahulu amat diperlukan untuk aktiviti perdagangan dan perhubungan.Sungai suatu masa dahulu tidak tercemar dengan aktiviti kurang sihat manusia,sungai dahulu sungguh bersih hinggakan airnya digunakan untuk masakan dan minuman.Begitulah pentingnya sungai di masa dahulu.
Tapi kini keadaan telah berubah,sungai tidak lagi menjadi tempat untuk berdagang,masih ada aktiviti perhubungan tapi hanyalah di kawasan pendalaman,dimana arus kemodenan masih agak janggal.Sungai juga masih wujud di tempat yang asing di sekitar hutan atau taman peranginan yang di jaga rapi.Kewujudan sungai di kota besar masih ada tapi perlu di jaga oleh pihak berkuasa,kini sungai walaupun hilang fungsi sebagai elemen penting seperti dahulu tapi sungai masih diperlukan sebagai tempat perkelahan.Di bandar raya besar seperti Kuala Lumpur, hanya terdapat beberapa batang sungai yang masih berfungsi.Kerajaan membelanjakan wang yang banyak untuk mengindahkan kawasan sungai ini dan menjaganya supaya tidak tercemar oleh aktiviti binatang atau manusia.
Saya melihat pembuangan sampah ke dalam sungai adalah gejala yang amat mudah kita ketemui.Akibat pembuangan sampah ini sungai kita menjadi kotor,andai di biarkan sampah-sampah ini akan larut ke dasar sungai bersama dengan elemen lain akan menyebabkan ia menjadi cetek dan tak kurang jugak sungai yang terhalang laluannya,bila berlakunya hujan lebat maka berlakulah banjir.Jadi siapakah yang harus di persalahkan andai perkara sebegini kerap berlaku.Sayangilah sungai anda,cogankata yang cukup indah,tapi sejauh mana kita menghayatinya dan memperterjemahkan dengan perbuatan kita.
Sungai Pahang contohnya adalah sungai yang amat cantik permandangannya,usaha pihak tertentu mencantikkan persekitaran sungai Pahang memang harus di pandang mulia.Sebagai contoh,tempat istirehat di wujudkan di antara jalan dari Temerloh ke Triang di susur sungai Pahang,tempat yang dulunya belukar kecil,kini di bina tempat duduk dan bebas bergambar menikmati keindahan sungai Pahang.Memang kawasan itu cantik tapi aktiviti manusia yang tidak menjaga kebersihan mencacatkan permandangan.Sampah di buang di merata tempat,mungkin dari pengunjung yang datang bersantai,tempatnya tidak terlalu besar tapi cukup indah pada pencinta keindahan sungai.Mungkin itu kejadian beberapa bulan yang lalu ,mungkin kini keadaannya telah berubah,aku bersyukur jika ianya begitu,kerana aku akan tetap kesana setiap kali pulang ke kampung halaman.Aku ke sana kerana aku ingin memperlihatkan kepada anak-anakku tentang indahnya permandangan dan cantiknya sungai di negara kita.Aku mahu mereka menyayangi dan menghargai alam ini.
Aku harap orang-orang kita akan lebih menyayangi sungai dan menghargainya,walaupun ia bukan lagi alat perdagangan dan perhubungan utama tapi masih ada kawasan pendalaman mengunakan sungai sebagai alat perhubugan alternative.Golongan ini mungkin boleh berbangga kerana masih lagi dapat mengunakan sungai,tapi anak-anak kita cuma mampu melihatnya di kaca tv.Mereka lebih mengatakan sungai itu hanyalah kawasan perkelahan.Kita yang seharusnya menanamkan semangat cintakan sungai pada generasi sekarang dan akan datang,supaya mereka sedar betapa pentingnya sungai dalam kehidupan kita......
Labels:
bicara semasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment