Maafkanlah aku teman, aku tahu keikhlasan hati mu, aku jua mengerti betapa tulusnya hati mu ingin membimbing aku ke jalan yang di redhai, tapi aku tak mampu teman, aku tak mampu membohongi diri ku, aku takut kerana aku bukan seperti apa yang kau fikirkan.
Maafkan aku teman, andainya hati mu akan ku robek, aku tak mampu menjadi khalifah dalam hati mu, terlalu banyak kekurangan dalam diri ku.. Aku relakan kau pergi teman, cari lah penawar dalam menempuh gelora yang tercipta. Mungkin kau tercipta pada insan yang cukup sempurna keimanannya dan ianya bukan aku teman.
Maafkan aku teman, kerana tak mampu membahagiakan mu, aku tak mahu hidup dalam kepuraan lagi, aku berdosa, aku terlalu jahil dalam mengenal diri mu. Setiap katamu berlapik sopan, setiap langkahmu beralaskan keimanan, buat aku terkedu dalam menilai mu..
Pergilah teman, carilah tulang rusuk kiri mu di segenap alam maya dan yakinlah kau akan bertemu dengan khalifah dalam hati mu. Aku usahlah kau tangisi kerana aku tak layak buat mu.. Hidup kita ibarat bumi dan langit. Aku tahu di mana taraf ku... Maafkan aku teman..

No comments:
Post a Comment