Thursday, December 9, 2010
Lajunya
Hampir setiap pagi aku melalui Lebuh raya Utara Selatan, naik bosan lalu di jalan yang sama, tapi nak buat macamana dah terpaksa. Apa yang nak aku katakan ialah sikap pemandu di jalanraya sepanjang pengalaman aku melalui kawasan ini dan mungkin ianya lebih kurang sama dengan tempat lain.
Aku sering tertanya, apakah had laju 110km sejam hanya peringatan aje, kerana rata-rata pemandu tidak mengikutinya.. mungkin kerana kecanggihan kereta mereka yang laju membelah angin sampai terlupa had laju yang di benarkan. Tak kiralah kereta apa sekali pun, bila dijalanraya mencanak lajunya. Inilah tabiat manusia yang menjadikan keselamatan jalanraya sebagai sesuatu yang di pandang remeh.
Kalau kita lambat, mereka akan pasang lampu tinggi, ini pernah terjadi pada aku, dimana satu hari aku memamdu dengan had laju yang di tetapkan, tapi tanpa semena-mena ada sebuah bas ekspress mengekori ku dengan laju sekali. beberapa kali lampu di tinggi rendahkan tanda memberi isyarat untuk aku ketepi.
Panas jugak hati aku, cuba kita bayangkan, kalau aku dah memecut dengan kelajuan maksima macam tu masih ada lagi yang nak memotong terutama kenderaan berat.. alangkah sedihnya jika berlaku kemalangan, kerana ini angkara dan kesilapan kita yang tidak mematuhi undang-undang jalan raya. Sikap pemandu seperti ini memang patut di tarbiahkan. Kita tak nak lagi membaca kisah-kisah kemalangan di jalan raya yang meragut nyawa manusia.
Ternyata undang-undang belum dapat membendung sikap manusia yang rakus mempamerkan kehebatan mereka di jalan raya ini. Saya sering mengingatkan diri saya dan kawan-kawan semua, ikutlah had laju yang dibenarkan, memang sukar tapi kalau kita amalkan tiap hari ianya akan menjadi kebiasaan. Cubalah...
Labels:
bicara semasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment