Thursday, December 9, 2010
Mari termenung sejenak (Satu keinsafan)
Ulam petai, sambal tempoyak dengan ayam kampung masak lemak cili api.. fuhhh memang menyelerakan, ditambahkan lagi dengan air sirap dan buah tembikai, memang membakar selera kita.. Sampai masanya kita menjamu selera.
Fenomena diatas memang lumrah buat kita bila kelaparan, kita impikan makanan yang sedap-sedap di depan mata dan kita mampu pula menjamahnya atas kuasa beli yang kita ada. Tapi pernah tak kita terfikir pada kawan-kawan kita yang susah, insaf tak kita melihat kebuluran mahu pun kekurangan makanan seprti apa yang berlaku di serata dunia khasnya di kebanyakkan dunia ke tiga.
Di bumi bertuah ini kita bebas mengecapi segala kemewahan hidup, apa jua yang kita ingini bukanlah terlalu susah untuk kita mendapatkannya. Tapi mereka yang tak mampu, hanya airmata kesedihan melihat anak-anak mereka yang makin kurus di mamah kebuluran angkara kedaifan mencari sesuap makanan.
Berbagai cara dan bermacam tabung di lancarkan untuk menolong mereka ini, persoalannya sejauh manakah kita terbabit dalam membantu mereka. Jangan dimegahkan sebesar mana derma kita tapi gahkan lah bahawa mereka terlalu memerlukan bantuan lebih dari kita perlukannya. Tak habis harta tak kurang rezeki melimpah jika kita insaf atas kesusahan orang lain.
Mereka tidak meminta untuk dijadikan sebegitu, mereka tidak meminta untuk terus meminta, tapi mereka hanya ingin kan sedikit perhatian buat semua yang prihatin agar hidup mereka juga sempurna seperti orang lain. Mereka tidak mahu makanan yang lazat-lazat tapi cukuplah sekadar roti pengalas perut yang kosong. Kita mampu membantu mereka kerana kita rakyat Malaysia yang penyayang dan pemurah.......
Labels:
bicara semasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment