Monday, December 6, 2010
Jom lah melancong
Jom melancong.. mana kah destinasi anda? Saya pernah ke Langkawi, pernah ke Pulau Pinang, pernah ke pantai timur.. memang Malaysia ini indah dan banyak tempat untuk dilawati. Kita bangga menjadi rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan bersatu di bawah satu payung keamanan.
Biar pun ada antara kita berlainan fahaman politik namun kita masih boleh duduk semeja, masih boleh bersama dalam segala hal.. tidakkah itu menunjukkan rakyat Malaysia memang bersatu padu.. Keamanan dan sosiol politik yang tidak keterlaluan menarik ramai pelabur asing dan Malaysia terus memacu ke hadapan..
Memang seronok melancong, bila keselamatan kita terkawal dan pastinya kita mesti berterima kasih pada anggota keselamatan kita yang bertugas tak mengenal waktu. Seronokkan dalam negeri pun banyak tempat bersejarah untuk dilawati... apa tunggu lagi jom lah melancong..
Bercakap soal melancong, agak-agaknyalah mana pilihan anda, dalam atau luar negeri..? Pengaliran wang kita ke luar negara harus lah di hentikan jika kita berbicara tentang aktiviti pelancongan.. mungkin ini perkara kecil tapi mari kita berfikir sejenak..
kitalah yang mencorakkan negara kita.. maju atau mundur.. sektor pelancongan jelas menyumbang pendapatan kepada negara.. Jomlah melancong.. seluk poket anda.. emm ada budget tak ?
Labels:
bicara travel
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

3 comments:
sebenarnya melancong tidaklah memeerlukan budget yg banyak. dengan sedikit budget pun kita boleh melancong. asalkan kita pandai untuk mengawal perbelanjaan. :)
betul tu saudara fadli,tapi kalau lah diperbanyakkan lagi tempat menarik dan diwar-warkan tentu seronok..tidaklah pergi tempat yang sama aje...
Jom melancong dengan akak...
Post a Comment