Monday, December 6, 2010
Bermadu (Trend atau kebetulan)
Ramai kaum wanita yang tak setuju bila suaminya kawin lagi.. kalau kita buat punggutan suara, agaknya ramai kaum wanita akan menentang poligami.. apa pun ianya dibenarkan dalam Islam tapi mestilah bersyarat.. senang aje antaranya mesti adil.. Yang senang tu lah susah sebenarnya.. ramai yang mampu kawin lebih dari satu, tapi tak ramai yang mampu membahgiakan kesemua isteri.
Teringat kisah filem madu 3 arahan Tan Sri P.Ramlee, sebenarnya itulah realiti kehidupan orang bermadu. Ramai jugak kaum lelaki yang ada scandal di luar dengan harapan boleh tambah lagi satu, kalau berjaya TAHNIAH lah, tapi kalau tak berjaya, alamak perang besarlah jawapnya.
Kalaulah dalam agama perempuan di bolehkan kawin lebih dari satu,r asanya ramai yang nak menandingi lelaki, apa pulak perasaan lelaki masa tu. Mesti ada yang frustkan, begitu jugak dengan perempuan.. Ahhh pening-pening, cukuplah kawin satu kalau tak mampu..
Naluri manusia ingin mencuba, dan atas dasar itulah trend pasang lagi satu atau tambah cawangan makin menjadi-jadi.. sebenarnya bila kita ingin tambah cawangan, perkara yang paling penting adakah kita mampu berlaku adil? Kalau tak boleh buat, jangan cuba-cuba bang, naya nanti....
Tapi meletakkan kesalahan pada lelaki pun tak adill gak.... ada jugak kaum perempuan terang-terang dah tahu si lelaki ni dah kawin, tetap nak jugak..ha!! apa kes... Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi.. betulkan...
Pada yang telah bermadu, ingin saya tanya satu soalan, bahgiakah anda? Janganlah marah ya kakak-kakak dan abang-abang.. kita baca dan fikir secara ilmiah.. bukan nak cari salah siapa.. tapi nak menyedarkan banyak risiko hidup bermadu ni... kalau boleh biarlah bujang dengan bujang.. sepadan macam pinang di belah dua...
Apapun jodoh pertemuan di tentukan Allah kita merancang aje... Maaf ye... kalau ada yang terasa... Tapi kalau abang-abang berani... silalah.... isteri tak marah ke??????
Labels:
bicara semasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment