Thursday, December 9, 2010

Jodoh



Bermacam-macam cara dilakukan oleh Pak Samad namun anak gadisnya masih tak bertemu jodoh, rasanya dah habis ikhtiar, dah berpuluh bomoh di cuba, dah berkolah air digunakan untuk mandi bunga. Hasilnya tetap sama.Tetap gagal....

"Entahlah maknya, dah memang tak de jodoh anak kita ngan sapa-sapa kot" keluh Pak Samad satu petang. Bukan menyesali apatah lagi menidakkan kuasa Allah, namun sebagai manusia biasa perasaan kecewa tetap wujud. "Sabarlah ayahnya" kata Puan Rohani isteri Pak Samad yang sentiasa bersikap positif dan membela anaknya walaupun orang-orang kampung ada yang berbisik di belakangnya mengatakan anaknya anak dara tua...
      
Dari singkatan cerita di atas dapat kita selami betapa hancurnya perasaan ibu dan ayah pada seorang gadis yang belum bertemu jodoh walaupun usia dah meningkat. Persoalannya wajarkah mereka merasa kecewa sedangkan apa yang tersurat telah ditentukan oleh yang Maha Esa? Memang menarik bila dikaitkan dengan bomoh dan perubatan tradisional dalam kes ini. Sejauh mana ianya berkesan, terutama bila memikirkan logiknya di sebalik "mandi bunga".

Bukan menidakkan keberkesanan perkhidmatan tradisional, malah ada cara perubatan ini yang amat berkesan dan tidak dapat di sembuhkan dalam perubatan moden. Cuma saya ingin mencari titik pertemuan keberkesanan dalam proses mencari jodoh. Jodoh pertemuan di tangan Tuhan.. memang betul tapi kita haruslah berusaha mencarinya dan apakah proses yang saya huraikan di atas boleh ditakrifkan sebagai usaha...??

Entah apa yang difikirkan oleh semua wanita yang agak berumur tapi belum berkawin. Mereka saja yang tahu segala keperitan yang dilalui. Mereka tak minta hidup membujang selamanya. Mungkin teori ini boleh diguna pakai. "Cinta tak datang sendiri , ia perlu dicari  'Macamana? Anda setuju ke?

2 comments:

TimMie said...

parents mmg biasanya risau bila anak tak kawen2..same like my parents jugak..

but 1 thing, many reasons for late marriage nowadays. xde jodoh, kejar career yg stabil, past experience, or simply not ready (org melayu kata xsmpai seru)..kawen bukan untuk sehari dua..hehe

KART ZAIRE said...

Betul tu,tapi jodoh perlu di cari jangan kita mengharap ajee..heehe selamat mencari..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...