Sunday, December 12, 2010
Bolasepak
Aku ingin berkongsi minat tentang sukan yang amat aku minati.Dah tentulah bolasepak,dulu masa kegemilangan bolasepak Malaysia aku boleh ingat kesemua nama pemain.Sapa tak tahu Mokhtar Dahari,Yunus Aliff,Arumugam,Santokh Singh dan ramai lagi..mereka semua pujaan aku,setiap kali pasukan Malaysia bermain aku lah insan yang paling gemuruh dan berdebar takut-takut Malaysia kalah.
Dalam negeri sudah pasti pasukan Pahang menjadi pasukan kesayangan ku hinggalah ke hari ini.Tapi sayangnya aku dah tak mampu lagi mengingati nama-nama pemain bolasepak Malaysia.Barangkali aku lebih kenal Ronaldo dan Messi dari pemain Pahang atau Tevez dan Rooney dari aku mengingati nama pemain Malaysia.
Bukan aku tak mengikuti perkembangan bolasepak Malaysia,tapi entah kenapa makin hari minat aku pada pasukan bolasepak Malaysia makin berkurangan.Salahkah aku?Aku masih cintakan bolasepak,masih ingin menonton pasukan Malaysia bermain tapi aku takut kecewa.Bila aku sandarkan harapan mereka akan terkulai.
Tapi aku tak harus menghukum mereka terus-terusan,aku tahu sokongan aku dan semua rakyat Malaysia amat di harapkan.Semalam waktu berita perdana aku dapat tahu tentang kehebatan Malaysia di Piala Suzuki dulunya Piala Tiger.Malaysia dah keseparuh akhir dan amat memerlukan sokongan rakyat Malaysia.Perlawanan timbal balik yang tiba-tiba menaikkan keinginan ku untuk terus menyokong pasukan bolasepak Malaysia.
Mungkin tak ada lagi Mokhtar Dahari,Hassan Sani atau pun James Wong,tapi aku pasti mereka ada semangat juang bak harimau yang terluka.Ayuh,andai inilah jalan permulaan,kita hayunkan langkah,kita perjuangkan maruah yang tercalar.Malaysia Boleh,kita boleh keperlawanan akhir dan jadikan Vietnam sebagai mangsa kita.Ayuh anak muda Malaysia.Buktikan anda mampu mengangkat martabat bolasepak Malaysia.
Labels:
bicara sukan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

2 comments:
SALAM TUAN, betul tu peranan penyokong sgt penting. Malaysia seharusnya memikirkan ttg pembangunan sukan Bola Sepak jgka pnjang berbanding sllu bertukar org atassan shj.
saya setuju sangat,kita harap pengurusan akan berkerja keras,sebab kita dah lama rindu gaya sebenar harimau malaya bermain.
Post a Comment