Sunday, December 12, 2010

Jejantas


Tahukah anda bahawa mengikut statistik bahawa pengguna jalanraya adalah yang tertinggi terkorban di negara kita dan pejalan kaki adalah penyumbang kepada statistik ini. Persoalannya kenapa pejalan kaki tidak mahu mengambil langkah selamat ketika menyeberang jalan atau pun menyusur jalan untuk kemana-mana. Banyak wang telah di belanjakan untuk di bina jejantas. Sesetengah jejantas memang cantik, tapi di mana silapnya bila orang tidak mahu menggunakannya.

Rata-rata pejalan kaki lebih rela menyeberang jalan di bawah jejantas, mereka menyabung nyawa melalui kereta yang di pandu laju dengan alasan mudah, ingin cepat dan penat nak naik jejantas.Alasan yang cukup mudah bagi mereka untuk menghalalkan cara.Tapi terfikir tak,mereka bahawa tindakan ini akan menambahkan lagi statistik orang-orang yang terbunuh di jalan raya.

Kerajaan telah membelanjakan wang bukan sedikit untuk kemudahan orang ramai.Pembinaan jejantas bukan projek suka-suka,tapi ianya untuk digunakan.Mungkin ada benar alasan pejalan kaki yang tak terdaya menapak anak tangga untuk menyeberang,tapi kita jugak harus sedar tentang keselamatan diri.Mungkin alasan ini boleh di ambil kira,sesetengah jejantas tidak selamat untuk digunakan,mungkin terlalu sunyi dan merbahaya untuk pejalan kaki.Kita pernah terbaca kisah ragut dan bunuh di atas jejantas.Ada relevannya alasan mereka.

Pada pihak yang berkenaan marilah kita sama-sama memikirkan apakah cara yang terbaik untuk menjadikan jejantas mudah dan selamat digunakan.Negara pasti rugi dengan kematian sebegini,bencana yang boleh dielakkan.Jadi,gunakanlah jejantas demi keselamatan nyawa anda.Anda pasti tahu masa dan ketika yang boleh di kategorikan waktu sunyi dan bahaya.Jadi semuanya terletak di tangan anda..

   

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...