Tuesday, December 28, 2010

Kiranya itu yang kau pinta

          

Betapa pedihnya ku rasakan, bila setiap hari aku melihat kecurangan mu, mengapa begitu sukarnya aku melupakan diri mu, kenapa jalan ini yang aku pilih, menanti dan mengharap pada sesuatu yang tak pasti. Aku terlalu menyayangi mu, terlalu mengagungkan cinta silam hingga terlupa yang kita sudah lama terlerai ikatan.

          Kiranya saat ini kau mencipta kembali cinta mu pada insan lain pastinya aku tidak mampu melakukan apa-apa, aku tidak mampu melawan takdir, andai kau ingin pergi jauh dalam hidup ku sekali pun, tak terdaya aku menahannya. Aku cuma hidup di kenangan cinta silam. Aku sang pengemis yang mengemis sedikit ruang untuk aku berteduh, tak lebih dari itu. Kini dan selamanya kau tetap ku ingati biarpun terpisah nyawa dan badan.

        Semalam kau adalah milik ku yang abadi, sebelum datang badai menghanyutkan kita. Kiranya kita tak mampu lagi mengulangi kisah lalu, aku pinta kau mengingati aku sebagai teman yang pernah menjadi raja di hati mu, pinta ku kau potretkanlah kisah itu jauh di sudut hati mu walaupun kini kau telah di miliki oleh insan lain. Sejarah akan tetap menjadi sejarah, cuma kebahgiaan  yang mampu ku doakan buat mu.. Penantian ini bakal berakhir tanpa restu perpisahan dari ku..

Monday, December 27, 2010

Pulau Langkawi

        
 Andai anda di beri pilihan untuk memilih destinasi perlancongan di dalam negara, manakah destinasi pilihan anda ? Apakah anda akan memilih kota metropolitan atau jauh di pendalaman, atau memilih kawasan perkhelahan atau tempat bersejarah yang menjadi pilihan.

          Jika anda memilih untuk mengabungkan segala keinginan anda rasanya Langkawi adalah tempat yang paling sesuai.Manakan tidak, anda boleh merasai keindahan pantainya, dan menyusuri sejarah nya.Mulakan dari  Langkawi Mall, dan komplek bebas cukai dengan deretan pilihan yang merabunkan mata pelancong, pemandangan yang cantik dan indah di Dataran Helang, hingga lupa malam menjelang.

          Usah risau pada penginapan, kerana terlalu banyak chalet dan hotel mengikut kemampuan yang terletak di pantai yang mengasyikkan.Amat sesuai untuk bersantai, pergi saja ke Pantai Cenang atau pantai Kok atau Burau Bay semuanya memikat...(sekadar menyebut beberapa nama )..atau bagi yang memilih suasana bandar pekan Kuah pasti memikat citarasa.

           Langkawi Underwater World adalah destinasi yang seterusnya di samping taman buaya yang menempatkan hampir 1,000 buaya di sini, bila menyusuri kaki peranginan ini buat kita lupa matahari ingin beradu.

          Jangan kita lupa pada kota Mahsuri yang senonim dengan Langkawi, dan kereta kabel di gunung Mat Cincang semuanya tarikan indah yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata.Pada yang memilih untuk ke pulau terdapat beberapa buah pulau yang menarik seperti Pulau Dayang Bunting yang mempunyai lagenda cerita rakyatnya atau Pulau Beras Basah dan pulau Singa Besar yang cantik saujana mata memandang.Pada yang suka menyelam Pulau Payar piliihan yang tepat.

          Segalanya di Langkawi,andainya di beri pilihan berkunjunglah ke Langkawi,banyak lagi tempat yang tak di sebutkan semuanya terdapat di sini.Jadi apa tunggu lagi...jom ke Langkawi...
    

Sunday, December 26, 2010

Segulung ijazah atau pengalaman

          

 Yang mana lebih penting,segulung ijazah atau pengalaman bekerja untuk mendapatkan kerja kat bumi Malaysia ni..ada ijazah tapi masih menganggur,tak ada ijazah sekolah takat SPM aje tapi kerja bagus..mana yang penting agaknya.Kedua-duanya ? Macamana nak dapat ke dua-duanya..pilih lah salah satu mana yang lebih penting..

           Rata-rata banyak syarikat swasta nak yang lulusan universiti dan yang ada pengalaman untuk mengisi jawatan kosong di agensi mereka, malangnya ramai yang ada segulung ijazah atau di ploma tapi kurang pengalaman,ada lak yang ada pengalaman tapi kurang dari segi pelajaran.Kalau minta kerja, agaknya lah sapa yang terpilih..Susah nak teka...

          Agaknya persaingan ni lah antara punca ramai lulusan universiti menganggur, pas tu kita copkan mereka ni memilih kerja..tak adilkan ...Ada jugak lulusan pusat pengajian ini yang tak ada langsung ketokohannya..pemikiran tak macam orang terpelajar,takut bersaing..terfikir lak kita, apakah pusat pengajian awam dan swasta yang berlambak sekarang hanya mengeluarkan sijil bukannya pelajar yang berwibawa..

Sama-samalah kita fikirkan, mewujudkan kembali sekolah vokasional amat di alu-alukan..kerana mereka akan keluar dengan segulung ijazah dan kemahiran tertentu yang di ajar..ini menjadikan mereka lebih berdaya saing walaupun tanpa pengalaman..anda setuju ke ?

UFO

         

  Pernah tak anda terfikir tentang kewujudan UFO..dengan izin saya paste kan sedikit keterangan tentang UFO..

           A UFO is technically an "unidentified flying object," nothing more nor less.
Any object that flies and cannot initially be identified as an airplane, helicopter, blimp, balloon, kite, or any other object that normally flies, is a UFO. Many flying objects that are listed as a UFO can later be identified as an object made on Earth, then they can be called an "IFO," or identified flying object

             Emm, maksudnya benda-benda atau objek yang berterbangan yang tidak dapat di pastikan identitinya..maksudnya ada makhluk lain dari planet lain untuk penghuni UFO ni..UFO di gambarkan makhluk yang tak macam manusia seperti alien, tapi kemajuan sains dan teknologinya melangkaui masa, sungguh canggih,manusia pun tak se canggih itu..tengoklah gambaran kapal terbang UFO..fuh!!!!memang canggih...tapi betul ke mereka ni wujud..kerana setahu kita hanya makhluk halus termasuk jin dan syaitan,malaikat dan manusia aje yang wujud...atau ada yang tertinggal dari pengetahuan akal saya..pening-pening..

            Akal kita yang cetek agaknya,mungkin mereka ni wujud tapi agak kabur..mungkin satu hari nanti ada wartawan yang boleh interview makhluk asing ni..kita tunggu ajalah setakat mana berjayanya penyelidikan tentang UFO ni...Bukan apa, tiba-tiba aje teringat kisah ni bila tengok anak muda sekarang ramai yang macam UFO gak..cucuk sana-cucuk sini, bawak motor dasyat siap terbang-terbang..bawak kereta bunyi boleh tinggal sebatu..tak canggih ke tu ?Fuh!! UFO pun kalah beb....

Saturday, December 25, 2010

PRK DUN Tenang (Johor)


           Mengikut laporan akhbar hari ini,Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengumumkan pilihanraya kecil DUN Tenang di Johor akan diadakan pada 30 January 2011 dengan pemilih berdaftar seramai 14,753 pengundi biasa dan 18 pengundi pos,dalam pilihanraya ke-12 lalu calon dari BN Allahyarham Datuk Sulaiman Taha menewaskan calon PAS Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi.Tolak campur darap, kita dapat anggarkan kemenangan itu dicapai dengan majoriti yang tidak berapa besar.Jadi apakah akan terjadi dalam PRK ini nanti.Apakah BN akan menang dengan majoriti yang lebih besar atau PR mencipta sejarah untuk menang kali ini.?

          Sekali lagi kewibawaan BN akan di uji oleh barisan Pakatan Rakyat.Johor yang selama ini kita kenal sebagai kubu kuat BN tidak harus memandang mudah cabaran calon pembangkang kerana pembangkang telah membuktikan dengan segala kuasa yang terhad mereka mampu menakluki hati pengundi terutama yang di atas pagar.Sikap terlalu yakin akan memusnahkan BN,kejayaan memenangi 4 daripada 5 PRK pada tahun ini mungkin menjadi asas yang kukuh untuk mengatakan rakyat telah kembali pada BN, tapi PR juga telah berjaya membuktikan bahawa mereka boleh mentadbir negeri di bawah pakatan rakyat selepas PRU yang lalu.


         Bukan kelemahan PR yang ingin diperkatakan,tetapi resepi yang akan digunakan oleh barisan kepimpinan negara dalam memenangi hati rakyat haruslah dijelmakan dalam PRK DUN Tenang nanti.Rakyat memang menilai dan sebagai orang biasa yang tiada kepentingan politik kita mengambil sikap tunggu dan lihat,rasanya elok kita dedahkan pemikiran kita dengan segala media dari kerajaan dan pembangkang supaya kita dapat berfikir sebagai pengundi yang matang dalam membuat keputusan.Apa jua keputusan PRK DUN Tenang di harap tidak akan mengugat kestabilan dan keselamatan negara.Perpaduan yang wujud harus dipertahankan walaupun berlainan parti dan berlainan prinsip pemikiran.

          Pada semua parti selamat memilih calon untuk mewakili parti masing-masing dan pada pengundi selamat mengundi..Anda di DUN Tenang yang berhak menentukan siapa calon terbaik untuk mewakili suara anda di peringkat tertinggi...

Rumah sewa

      
  Kawasan kota metropolitan ni, susah nak cari rumah sewa yang murah, kalau ada pun flat yang berpuluh tingkat, lif selalu rosak, kebersihan langsung tak terjaga.kat pinggir bandar pun dah mahal sewa sekarang, macam tu lah pesatnya pembangunan dan pertambahan per kapita penduduk bandar.Takut kalau nak difikirkan...

          Beruntung pada yang ada rumah kat kawasan bandar ni, boleh duduk sendiri, tak pun disewakan..masyuk gak..bukan senang nak cari rumah sewa yang murah..akhirnya sewa bilik aje..itu pun beratus jugak sewanya..nak dijadikan cerita sewalah ramai-ramai dengan kawan-kawan..dapatlah murah sikit, tapi yang dah berkahwin macamana pulak.

          Sewa rumah pas tu sewakan bilik kat kawan pun satu cara yang bagus,tapi kalau si penyewa tu perempuan..adoi..parah gak..bukannya apa kita pulak yang naik segan nanti...susahkan nak cari rumah sewa ni,semuanya kene puas dek hati...susah-susah..Apa pun kumpullah duit beli rumah sendiri..kan senang...

Rokok


Nak berhenti.tapi dah ketagih,lepas makan aje mesti cari benda ni,susahnya nak berhenti...hisap gula-gula,minum air tawar pas makan,semua dah cuba,masih nak jugak benda ni..apa susah sangat nak berhenti ni...dalam surat khabar dah banyak kisah buruk tentang benda ni..takut jugak..kena sakit jantung boleh arwah di buatnya...macamana nak berhenti....dah batuk dah ni...jom la berhenti hisap rokok...

           macamana caranya....tolongggggggg....KATAKAN TIDAK PADA ROKOK...

Ni bukan cerita kosong,tapi kenyataan, elok sangat la pada kaki rokok berhenti merokok,tapi bukan senang,betul tak ? ada yang dah merokok bertahun-tahun macammana nak berhenti sekelip mata..agaknya paru-paru tu dah mintak diselamatkan...tolongggggg....susahnya nak berhenti..boleh pakai tak peribahasa ni, nak seribu daya,tak nak seribu dalih...fikirlah sendiri.......

Wednesday, December 22, 2010

gelora


walau tidak sehebat Hang Tuah atau segagah pahlawan silam, cuma manusia biasa yang telah hanyut di telan keresahan dan bersemadi dengan kepiluan silam, yang berkata-kata agar tintanya masih berbisa mengugat kalam, menyampaikan bicara derita, agar dapat di intai mentari dan membawa awan kelabu jauh di persada hati.

diri ku telah tewas di telan badai, telah tersungkur di pesisiran kasih yang tidak mampu bangun lagi, hanyut di buai kisah lalu. dan bicara ku bukan untuk meminta simpati, kerana telah puas meminta untuk disayangi, hanya mahu meminta sedikit ruang buat mengadu kisah yang lara, walau pun tak se hebat dahulu tapi masih mahu berdiri walaupun sering tumbang di tiup gelora.

dan aku bukan ingin di puja, bukan meminta secebis sayang kerana telah serik bersemadi di awangan cinta, hanya ingin dan melepaskan apa yang terpendam di hati dan pasti pergi setelah bicara terungkap setelah rindu terungkai, biarkanlah
aku menerobos kisahnya sendiri kerana aku tidak sehebat dulu, kepewiraannya usah di ragui walaupun mengharap ihsan semata.

perginya setelah kata dimenterai, setelah pilunya berlalu pergi dan meneruskan langkah pincangnya ke satu dunia, hanya lelaki ini saja yang tahu penghujung kisah silamnya.

Purun

      

  Entah kenapa hati ku merasa rindu pada zaman berlalu, zaman kanak-kanak bermain guli dan layang-layang mahu pun berkejaran di halaman rumah. Aku terlalu rindukan saat berkumpul bersama teman-teman sebaya, berbicara hingga lupa azan maghrib berkumandang. Aku rindukan saat pertama kali aku menerima sepucuk surat cinta dari seorang gadis yang tak ku kenali. Kerinduan itu menyentap hati ku dan ia datang lagi.

        Aku rindu pada teman sekampung,rindu aku di kala sama-sama berkenderaan mengelilingi desa,rindu aku kian membara bila hati telah mula di usik cinta.Aku rindu saat pertama kali aku bertemu dengan putri idaman kalbu,aku rindu pada bisikan cinta monyet.Aku teringin lagi merindui saat remaja yang  ku habiskan di kotaraya ini.Rindu aku saat pertama menerima gaji hasil penat lelah ku.Aku rindu saat aku pertama kali bertemu pujaan hati,lantas aku rindu kala pertama kali menyimpul kasih pada seorang gadis yang bertakhta di hati ku..

       Aku rindu saat menjadi raja sehari,disambut meriah dengan paluan kompang dan bergembira seperti tiada lagi orang lain segembira ku.Aku rindu di kala menyambut puteri ku yang pertama,aku jua rindu di saat menanti putera ku hadir ke alam maya.Aku rindu saat aku bersantai bersama keluarga tersayang.Aku rindu pada rindu yang tak terulang lagi.Apakah aku masih bisa merindui lagi..Aku hanya mampu mencipta resah,mengharap rindu akan pergi dan biarkanlah hati membisikkan ia sebagai sejarah silam.Biarlah rindu itu ku telan dan ku sisipkan di hati menjadi kenangan yang tak bisa padam.

Normy

       
Normy termenung sendirian, baginya amat payah untuk membuat pilihan antara Amin dan Haikal. Kedua-duanya sama tampan sama terpelajar. Amin ada lulusan undang-undang dan Haikal mempunyai ijazah kedoktoran. Fikirannya makin kusut bila mak Esah sering mendesak Normy untuk kahwin "Nantilah mak, mie masih muda, lagi pun tak puas nak enjoy, mie nak kumpul duit, lepas tu beli kereta, beli rumah, hantar mak dan abah pergi haji" kata normy bila diasak dengan pertanyaan oleh maknya." Mak bukan apa mie, umur kau pun dah dekat 28, elok benarlah berumahtangga, mak dengar kau dah ada buah hati" Mak Esah cuba mengorek rahsia anaknya."Ah! mak ni ada-ada saja,mana ada,kawan aje,dah lah mak, mie nak mandi,kejap lagi mie nak keluar" normy terus meninggalkan Mak limah yang masih tak berpuas hati dengan jawapan anaknya.

          Di luar jendela hujan turun renyai-renyai,di rumah hanya Mak Esah seorang diri, normy dah lama keluar, katanya balik lewat sikit sebab jumpa kawan. Mak Esah tak kisah sebab anak dara nya itu memang   pandai jaga diri. Pak Ibrahim suami Mak Esah masih di surau. Itulah saja aktiviti yang sering dilakukan sejak pencen setahun yang lalu. Bekas tentera yang tegas mendidik anak-anaknya. Mak Esah masih sibuk di dapur menyiapkan makanan malam,baginya itulah rutin,suaminya akan balik sekejap lagi dan mereka akan makan berdua. Di luar hujan dah pun turun dengan lebat,Pak Ibrahim masih belum balik. normy pun masih tak kelihatan.Sesekali Mak Esah memandang jam,"Dah pukul 9 malam ni,mana Pak Ibrahim"risau betul Mak Esah pada suaminya yang dikahwini 40 tahun yang lalu.

         "Mak, mak bukak pintu mie basah ni"tiba-tiba Mak Esah tersedar dari lamunan,bila ada orang mengetuk pintu bertalu-talu."Hah mie, kenapa basah kuyup ni, dah tahu hujan bawak lah payung"leter Mak Esah."Kereta kawan mie rosak kat hujung jalan tu, mie lari aje lah balik'' ujar normy acuh tak acuh."Dah pergi naik atas mandi lepas tu kita makan,ayah kau ni tak balik lagi, risau mak di buatnya".Mak Esah terus bersuara walaupun tahu normy dah lama masuk ke bilik.

Monday, December 20, 2010

Cinta kita


         Desiran angin membelai lembut rambut mu,menyentuh halus pipi mu dan kau ketawa kecil membuatkan aku terkedu menahan panahan asamara.Hadirmu dalam hidup ku memberi sinar yang amat terindah,yang amat sukar ku lupakan.Kau sambut rindu ku lantas kau berikan hati mu untuk ku bertakhta selamanya,alangkah indahnya alam ini seandainya kita akan selamanya begini.

        Alam maya seakan mengerti betapa indahnya ikatan ini,kicau burung dan bunyian unggas berterbangan sebagai saksi cinta kita.Kita amat menyayangi,rindu kita bagai insan yang telah lama tidak ketemu..itulah kita sang pencinta yang bagai lena di ulit mimpi.

       Aku mengharapkan kisah kita akan terus mekar di alam percintaan ini,aku takut andai suatu hari nanti,kita terpaksa mengadai rindu menjaja cinta kita ke lembah kehancuran.Aku takut berhadapan dengan keadaan ini.Berjanjilah sayang agar cinta kita akan kekal selamanya,berjanjilah sayang untuk terus setia bersama ku..Aku akan tetap merindui mu biar pun bumi terbelah dua,biar pun di campak ke dalam api yang marak sekali pun ianya tak mungkin membuatkan hati ku melupai mu...

       Marilah sayang,kita bina mahligai ini,kita satukan hati demi cinta kita yang abadi.Suatu hari nanti,angin akan menyapa lagi,dan kita akan katakan pada angin bahawa kita adalah insan yang bertuah,bertemu cinta bertaut kasih dan kita akan kekal begini selamanya.

        Kita akan khabarkan pada semua,cinta kita dan rindu kita akan bersemi utuh tidak bergoyang.Kita doakan agar ia sentiasa mekar dan mewangi.Ketahuilah oleh mu,tiada insan lain antara kita dan aku akan pastikan kau terus menjadi milik ku...

Sungai


          Aku tertarik untuk berilmiah tentang sungai,kewujudan sungai suatu masa dahulu amat diperlukan untuk aktiviti perdagangan dan perhubungan.Sungai suatu masa dahulu tidak tercemar dengan aktiviti kurang sihat manusia,sungai dahulu sungguh bersih hinggakan airnya digunakan untuk masakan dan minuman.Begitulah pentingnya sungai di masa dahulu.

          Tapi kini keadaan telah berubah,sungai tidak lagi menjadi tempat untuk berdagang,masih ada aktiviti perhubungan tapi hanyalah di kawasan pendalaman,dimana arus kemodenan masih agak janggal.Sungai juga masih wujud di tempat yang asing di sekitar hutan atau taman peranginan yang di jaga rapi.Kewujudan sungai di kota besar masih ada tapi perlu di jaga oleh pihak berkuasa,kini sungai walaupun hilang fungsi sebagai elemen penting seperti dahulu tapi sungai masih diperlukan sebagai tempat perkelahan.Di bandar raya besar seperti Kuala Lumpur, hanya terdapat beberapa batang sungai yang masih berfungsi.Kerajaan membelanjakan wang yang banyak untuk mengindahkan kawasan sungai ini dan menjaganya supaya tidak tercemar oleh aktiviti binatang atau manusia.

          Saya melihat pembuangan sampah ke dalam sungai adalah gejala yang amat mudah kita ketemui.Akibat pembuangan sampah ini sungai kita menjadi kotor,andai di biarkan sampah-sampah ini akan larut ke dasar sungai bersama dengan elemen lain akan menyebabkan ia menjadi cetek dan tak kurang jugak sungai yang terhalang laluannya,bila berlakunya hujan lebat maka berlakulah banjir.Jadi siapakah yang harus di persalahkan andai perkara sebegini kerap berlaku.Sayangilah sungai anda,cogankata yang cukup indah,tapi sejauh mana kita menghayatinya dan memperterjemahkan dengan perbuatan kita.


         Sungai Pahang contohnya adalah sungai yang amat cantik permandangannya,usaha pihak tertentu mencantikkan persekitaran sungai Pahang memang harus di pandang mulia.Sebagai contoh,tempat istirehat di wujudkan di antara jalan dari Temerloh ke Triang di susur sungai Pahang,tempat yang dulunya belukar kecil,kini di bina tempat duduk dan bebas bergambar menikmati keindahan sungai Pahang.Memang kawasan itu cantik tapi aktiviti manusia yang tidak menjaga kebersihan mencacatkan permandangan.Sampah di buang di merata tempat,mungkin dari pengunjung yang datang bersantai,tempatnya tidak terlalu besar tapi cukup indah pada pencinta keindahan sungai.Mungkin itu kejadian beberapa bulan yang lalu ,mungkin kini keadaannya telah berubah,aku bersyukur jika ianya begitu,kerana aku akan tetap kesana setiap kali pulang ke kampung halaman.Aku ke sana kerana aku ingin memperlihatkan kepada anak-anakku tentang indahnya permandangan dan cantiknya sungai di negara kita.Aku mahu mereka menyayangi dan menghargai alam ini.

         Aku harap orang-orang kita akan lebih menyayangi sungai dan menghargainya,walaupun ia bukan lagi alat perdagangan dan perhubungan utama tapi masih ada kawasan pendalaman mengunakan sungai sebagai alat perhubugan alternative.Golongan ini mungkin boleh berbangga kerana masih lagi dapat mengunakan sungai,tapi anak-anak kita cuma mampu melihatnya di kaca tv.Mereka lebih mengatakan sungai itu hanyalah kawasan perkelahan.Kita yang seharusnya menanamkan semangat cintakan sungai pada generasi sekarang dan akan datang,supaya mereka sedar betapa pentingnya sungai dalam kehidupan kita......

Sunday, December 19, 2010

Relakan ku pergi

          
Hari-hari berlalu aku menjadi sang penanti yang seakan tak mahu menanti lagi,aku tak ingin lagi menunggu terbitnya rembulan,Aku tak mahu terus di buai kisah lalu antara kita.Aku tak pasti apakah aku masih perlu berada di pesisiran penantian ini,atau mungkin aku perlu pergi jauh tanpa meninggalkan bicara perpisahan.
         
           Maafkan lah aku kerana terlalu biadap menyingkirkan rasa hormat mu ke atas ku..aku tak pasti apakah engkau marah atau berkecil hati,aku telah nyatakan pada hati bahawa kasih ku bukan untuk di nanti,sayang ku bukan untuk digilai..Hari ini aku terpaksa pergi meninggalkan satu bicara sadis untuk mu yang aku tak akan menanti lagi.Aku tak mahu di bohongi dan membohongi..Kini aku pasti,kau perlu meneruskan perjalanan mu..kerana daerah yang kau tuju,masih jauh lagi,sedangkan aku telah menjumpai permata yang ku cari.

          Andainya aku pergi dan tak menanti lagi,ingin sekali aku memberitahu mu,bahawa aku senang sekali berbicara dengan mu,aku senang menjadi penanti yang setia pada setiap kali  kau hadirkan resah.Tapi sekarang tidak lagi,aku memilih untuk tidak lagi menanti sang rembulan menyinar,kerana aku pasti aku bahgia walaupun tiada teman untuk di ajak berbicara.

         Aku tak akan berbicara lagi tentang resah menanti,kisah ini akan tamat angkara rakusnya aku merelakan kenangan lalu pergi tanpa jelingan rinduku menjengok hati mu..Aku ingin sekali mengutuskan kata bahawa aku tak akan menanti dan usahlah kau jua menanti.Sayangnya kita harus pergi berasingan menuju jalan sendiri..kelu aku kerana terlalu angkuh menolak mu pergi.Hanya kemaafan kerana kadang-kadang aku jua terkeliru dengan firasatku.      

Barang buatan Malaysia


         Sejauh mana anda mengikuti slogan BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA ?Pertanyaan yang sering di lemparkan bila kita menilai dan membeli beberapa barangan yang berada di pasaran sekarang.Kita sungguh bertuah sebenarnya kerana barangan kita sudah sampai ke serata dunia.Ini menandakan bahawa barangan kita juga bermutu dan setanding dengan barangan buatan luar negara.

        Tapi amat malang dan menyedihkan bila orang kita sendiri seolah-olah menidakkan barang kita sendiri,kita berbangga dengan apa yang orang kita usahakan contohnya projek kereta nasional.Memang kita akui sebenarnya kita perlu lebih banyak belajar untuk menjadi lebih berjaya tapi pokok pangkalnya sudah tentu penglibatan orang tempatan.Kita harus menyokong barang-barang yang dihasilkan di negara kita.Siapa lagi kalau bukan kita yang membelinya.

       Penglibatan kerajaan dalam menjamin barangan buatan Malaysia untuk menjadi barangan yang bermutu amat kita hargai,dan kita berharap suatu hari nanti,agar setiap antara kita merasa bangga memiliki apa jua barangan yang di labelkan barang buatan kita.Ketepikan dulu segala fahaman atau pun perbandingan antara barangan serata dunia,kita sematkan satu wacana untuk melihat barangan kita menerjah kepercayaan semua dan akhirnya kita mampu tersenyum bila barangan kita menjadi sebutan ramai.Marilah tak kira tua atau muda,kaya atau miskin,asalkan kita mampu memiliki,kita sematkan dalam hati untuk hanya membeli barangan buatan Malaysia.Kita mampu melakukannya.

Saturday, December 18, 2010

Dari hati ke hati


          Aku nukilankan kata hati ini buat tatapan mu yang masih ku sayangi...Aku ibarat sang lelayang yang terputus talinya,menjadi tak keruan bila perpisahan terjadi.Aku yang tewas sebelum sempat berjuang,bangkit ku perlukan tongkat,begitu payahnya aku menempuh badai ini,dan aku pasti kau jua sebenarnya rasa tertekan dan kecewa lantaran jalan ini yang terpaksa kita tempuhi.

          Kiranya saat ini kau merelakan hati mu bersemadi dengan biacara pincangku,aku ingin sekali kau tahu yang setiap saat yang berlalu adalah saat -saat yang paling menyedihkan.Tercalar kenangan kita bukanlah jalan yang bisa merobek hati ku meninggalkan diri mu jauh di persada hati.Aku akan sentiasa di sini,memerhati mu setiap masa walaupun kesamaran dan jurang kian terasa.Aku perlu merasa pilu atas apa yang terjadi,aku terlalu pasrah pada takdir,maafkanlah aku andai aku tak mahu terus-terusan bermain rindu lantas mendesak hati mu kembali bertaut kasih.

         Aku nukilankan kata hati ini agar kau mengerti pada apa yang aku impikan,aku pasti kau jua masih mengingati kisah suka dan duka kita,aku jua pasti kau akan menerima ku kembali demi sebuah perjuangan yang belum selesai.Aku keberatan melepaskan kau pergi jauh dari sudut hati ini kerana ku tahu mentari yang tenggelam akan timbul lagi esok dan dengan izinNya mentari akan bersinar lagi.Selagi itulah aku akan tetap menanti mu.....

         Aku nukilankan kata ini agar suatu hari nanti kita takkan menyesal pada perpisahan.Aku akan tetap mengatakan bahawa perpisahan ini hanyalah ibarat awan mendung yang berarak,pabila hujan turun maka hilanglah awan hitam dan cerahlah kembali awan serta muncullah kembali sang mentari sebelum menanti sang rembulan di pagari bintang.Setiap saat aku berdoa agar firasat hati ini menjadi kenyataan.Perpisahan ini hanyalah sementara dan kita akan kembali di pangkuan asmara lantas mengutuskan kembali rindu yang terbuang.

pengharapan


          Tanpa kasih mu aku bagaikan hilang di alam maya ini,aku menyintaimu hingga ku lupa menyintai diri ku..indahnya percintaan bersama mu seindah pagi yang damai.Kebahgiaan yang tak bisa ku buang.Aku ingin lafazkan sekali lagi buat mu sayang ku...aku cinta pada mu..

         Terima kasih sayang atas segala pengorbanan mu,segala perhatian yang tak mungkin dapat ku balas hingga ke akhir hayat,akan ku semat nama mu ter atas di dalam kenangan indah ku.Aku pasti hingga saat ini aku masih menyayangi diri mu.Pada mu aku berpesan usahlah kita korban kan kepercayaan kita pada curiga yang hanya akan meruntuhkan mahligai kasih kita.

        Akan ku sematkan rindu ini pada mu,akan ku simpan sayang mu di hati ku.Aku hanya bisa memandang mu kala ini,kerana cinta mu terlalu kuat membungkus naluri ku.Aku tak mahukan siapa lagi dalam mimpi ku,kerana hadir mu saja sudah bisa menenangkan jiwa ku.Terima kasih atas hadiah putera dan puteri dari mu,sesungguhnya itulah pemberian yang amat berharga buat ku.Akan ku jaga dengan rapi dan takkan tersimpul lagi kekusutan ini,akan ku belai cinta kita bersama restu sebuah rindu.

      Segala pengabadian hanyalah buat mu sayang,aku akan terus menyintaimu selagi hayat di kandung badan.siapa pun diri mu,walau apapun kesalahan mu hanyalah sebuah kisah semalam,kerana aku telah melupainya.Aku akan bajai cinta ini demi kita sayang.Perjalanan kita masih jauh dan aku ingin ke sana menuju taman bahagia hanyalah bersama mu.....

Bye-bye skandal


           Kenapa mudah sangat orang jatuh hati,cakap sikit-sikit,leweh-leweh dah sangkut,senang sangat sekarang ni nak dapat teman wanita.Apa dah diaorang ni..jual lah mahal sikit..baru ada cabaran..Cakap soal senang dapat ni..adalah sikit pengalaman..nak kongsi ke..jangan lak cakap aku ni perasan..

           Aku ada seorang kawan,pastinya perempuanlah..aku bagi no telephone pasal aku ingat boleh lah buat apa-apa business ke..tambahan pulak dia kerja bagus,boleh tahan.Memanglah bahasa aku ni selalu merewang ke bulan ke langit..tapi aku pijak bumi..hari-hari dok call aku,sms aku...macamana nak buat,aku nak sound takut dia kecik hati.Salah aku jugak sebab bagi no telephone dan aku suka gak melayan..Tapi aku anggap kawan aje..suka-suka tak sangka pulak perempuan tu lebih-lebih..Aku buatlah kenyataan maut dalam Facebook..jangan dok kacau aku lagi..kes naya ni..Minta-minta dia faham la..aku ni bukan orang muda lagi dah tua dah pun..carilah orang muda...

         Minta-minta dia fahamlah,aku tak nak marah-marah,kalau dia terbacalah blog ni..aku nak minta maaf,tak payahlah sms aku lagi..yang lepas tu lepas lah..Aku bahagia dengan anak-anak dan isteri aku yang understanding.janganlah marah..aku tak minat dah pasang skandal ni..aku dah lama taubat..biarlah aku tenteram kat sini..Tolong ya....

Internet dan Game


          Masa kaanak-kanak aku suka bermain guli,main gasing tak pun bermain layang-layang,kini semua tu dah tinggal kenangan.Anak-anak sekarang macam dah lupa semua tu,mungkin juga selaras dengan kemajuan yang terjadi,maka wujudlah sistem canggih teknologi bermaklumat.Anak-anak hatinya terbuai dengan komputer dan play station.Maka wujudlah hobi bermain game..Bermacam-macam game di pasaran membuatkan anak-anak ini rasa teruja.

         Meraka dah lupa pada mainan dahulukala,tiada lagi main gasing,susah sekali nak melihat anak gadis bermain congkak atau pun menghabiskan masa dengan batu seremban,Anak-anak sekarang sudah maju mindanya,hidup mereka ada internet,hidup mereka ada teknologi canggih chatting di alam maya.Hidup anak-anak ini manja dengan game berbagai judul.Kadang-kadang mereka lupa makan bila dah mengadap permainan canggih ini.Kita sebenarnya tak menghalang kemajuan dan kehendak anak-anak ini,tapi biarlah berpada-pada.Aku perlu rasa bimbang kerana peratusan mereka pergi ke cyber cafe atau mana -mana pusat internet adalah untuk bermain game dan berchatting,Aku bimbang budaya ini akan membuatkan pelajaran mereka merosot.

         Anak-anak sekarang memang cerdik,teknlogi yang tak terkawal sebenarnya minda mereka yang mengawal,mereka bebas tanpa kekangan,didedahkan dengan kemajuan ini dari kecil memanglah langkah yang terbaik tapi perlulah ada batasan,perlu ada tapisan sebelum sampai ke minda mereka.Kadang-kadang aku terfikir betapa bertuahnya anak sekarang.dunia di hujung jari,sesuatu yang tak dapat aku lakukan semasa alam kanak-kanak ku.

         Anak-anak ini perlu disedarkan tentang perlunya menapis segala macam anasir yang kurang enak melalui sentuhan di hujung jari.Kita bimbang anak-anak ini akan leka dengan game yang tidak berfaedah hingga lupa pagi dah menjelma malam.Taksub sungguh anak-anak sekarang dengan teknologi ini.Tidak di nafikan betapa pentingnya jalur lebar di saat negara sedang menuju era teknologi bermaklumat tapi kita harus membudayakan permandangan sihat dalam minda anak-anak ini.Internet bukan hanya pada game atau chatting tapi ada ilmu yang lebih luas di dalamnya.

Thursday, December 16, 2010

Aku ingin berbicara lagi


            Entah kenapa aku ingin sekali berbicara lagi tentang hati,entah kenapa aku terlalu rindukan desiran ombak menyapa pantai..entah kenapa sedari semalam aku terlalu merindui kicauan burung di teratak rindu,entah kenapa bayang wajah mu seakan dekat dengan jiwa ku..entah kenapa ini semua terjadi...

           Aku terlalu asing dalam menanti hadirnya penawar untuk membawa nestapa ke penghujung penantian.Aku terlalu inginkan ianya berakhir tanpa ada yang terasing.Aku ingin berbicara lagi walau pun bicara ku tidak seindah bicara puitis,namun aku tetap akan berbicara kerana ku tahu kau bisa memahami apa kata hati yang tulus membisikkan irama syahdu.Aku terlalu ingin mendambarkan bicara ini pada segugus rindu yang belum terungkai.Aku tak bisa menahan kasih arjuna kerana aku tertewas dalam permainan asmara ini.Kiranya aku terkulai di dasaran duka ini,aku akan terus jua berbicara walau pun tiada siapa lagi yang mahu menolehnya...Aku akan terus berbicara pada hati dan rindu,pada sendu dan pilu.agar ada insan memahami,bukan mudah dirantai cinta walau di humban ke kancah api membara.

         Aku ingin berbicara lagi,tentang engkau yang semakin hari semakin ingin menyepi,engkau yang  pernah ku damparkan kesetiaan kini seolah-olah menafikan hadirnya kasih ku..Aku akan tetap berbicara pada sang rembulan agar dapat ia menyinarkan kembali suramnya pengkalan kasih kita.Aku berbicara disini,pada bintang agar kau bisa mengerti betapa tingginya darjat nurkasih mu di sisi ku.Aku akan tetap berbicara,agar bicara syahdu ini mengetuk pintu hati mu.Andainya suatu hari nanti aku tak bisa berkata-kata ketahuilah aku telah puas berkata-kata tentang hati dan perasaan.Semoga kau tahu walaupun aku tersungkur tapi aku tak bisa melupai mu..dan bicara ku tetap sama ingin terus bersama mu hingga ke akhir hayat.

Wednesday, December 15, 2010

sepi


           Teman,hari ini kau datang membawa secebis rasa keriangan,kau ingin menabur rasa bahagia di hati ku.Kau tahu teman,aku sebenarnya tidak bisa lagi tersenyum,aku sudah lupa untuk berbicara indah tentang hati dan perasaan.Aku tidak meragui keikhlasan mu,malah aku amat berterima kasih atas segala perhatian mu.Namun maafkanlah aku teman atas keterlanjuran ku menolak bahagia yang kau berikan.

          Mentari yang cerah ibarat dikau yang ingin menyinari hidup ku,dan aku pernah tertipu dengan segala mainan palsu ini,aku tidak mengatakan kepuraan mu teman,cuma aku tak mampu menerima segala pengharapan lagi.Aku pernah tewas dengan mainan perasaan dan aku tak ingin tewas lagi.Aku ingin pergi jauh dari segalanya,aku ingin pergi tanpa ada sekalung cinta dari sesiapa pun.Kerana aku tak mahu kau menjadi mangsa kekecewaan..Kau tahu betapa pedihnya rasa duka hingga tak tertanggung menahannya.

         Bulan akan tetap bersinar di waktu malam,percayalah bintang akan tetap hadir menemani,biarpun tanpa aku di sisi,dikau masih boleh tersenyum bahkan kau mampu ketawa riang.Bulan dan bintang tetap setia menanti senyummu.Tapi kalau kau dambarkan senyummu pada insan seperti ku,aku takut senyum mu akan hilang dan hati mu takkan mampu meratap kepiluan.

         Kemaafan aku pinta andai kau tak bisa melihat ku lagi,aku kan pergi jauh dari hati mu.Doakan lah aku beroleh ketenangan,doakan aku berjaya mencipta keindahan dan doakanlah aku menjadi manusia yang mampu tersenyum lagi.

Tuesday, December 14, 2010

Badminton

          
Teringin pulak berilmiah tentang sukan no 2 di Malaysia,apa lagi kalau bukan badminton.Kita sebenarnya bimbang sebab sampai saat ini masih tak ada lagi pengganti pemain no 1 negara iaitu Datuk Lee,kenapa agaknya perkara ini boleh terjadi.Pasukan pelapis pun macam tak menonjol.Jarak permainan perseorangan pertama dengan perseorangan ke dua pun terlalu banyak perbezaan.Kita bimbang satu hari nanti Lee Chong Wei dah tak mampu berada di singgahsana dunia,kita juga bimbang sukan badminton akan jadi seperti sukan bolasepak yang tenggelam.

          Kalau kita imbas pada kenangan,sukan badminton melahirkan paling ramai jagoan dunia dari negara kita,Datuk Misbun salah seorang pemain yang berjaya bukan saja sebagai pemain tapi juga sebagai jurulatih.Tapi kita bimbang lagi sebab pengganti nama-nama besar ini belum ada lagi.Kita tak tahu samaada adik-adik kita atau anak-anak kita berbakat kalau tak di asah menjadi pemain yang satu hari nanti di kagumi sama seperti apa yang telah di lakukan olen Allahyarham Datuk Hj Sidek.Nama beliau akan terpahat indah di persada badminton negara sebagai insan yang berjaya melahirkan juara dunia.Itulah keluarga badminton yang perlu di contohi.Kita masih bimbang tak dapat lagi melihat seorang anak Malaysia menjulang nama sebagai pemain no 1 dunia.

         Kita terlalu mengharapkan orang lama jika bermain dalam kejohanan berpasukan,hasilnya kita gagal menyerlah di kebanyakkan pertandingan antarabangsa.Kita bimbang yang akhirnya tiada siapa lagi yang takut bila di sebut pemain Malaysia.Hari ini kita gah kerana adanya Datuk Lee,tapi esok kita tak tahu.Ayuhlah BAM kita menyokong sukan ini dari belakang.Kita mengharapkan ada lagi juara dunia yang akan lahir.

Bisikan hati


            Semalam sewaktu damainya gerimis petang,aku termangu di persisiran pantai duka,mengimbau kembali satu sejarah yang pernah terkubur di daerah sepi ini.Aku masih mengingati betapa indahnya burung berkicauan dan mentari seolah tersenyum merelakan dua hati terpaut sayang.Indah sungguh saat mentari pulang di kaki langit,kita berpimpinan tangan bagaikan tak dapat di pisahkan lagi.Saat di mana rambutmu ku usap dan hati mu ku belai dengan penuh kasih dan sayang.Kitalah sang pencinta yang abadi,cinta yang kita damparkan bagai tiada kuasa yang dapat menghalangnya.

           Aku masih di daerah sepi ini,melihat lagi ombak memukul pantai,pasir berselerakan begitu lah jua cinta kita yang hanyut tanpa di duga.kilauan burung bagaikan malu berkicau,dan mentari bagaikan tak mahu bercahaya lagi.Mendung berarak hitam seolah menjadi petanda pada runtuhnya mahligai kasih yang kita bina.Aku menyusur pantai rindu ini,dengan satu harapan agar dapat ku kecap kembali keindahan yang hilang.Hati ku telah lama terbungkam di daerah pilu ini.Aku kembali ke sini,bukan menagih secebis sayang dari mu,tapi aku datang hanya lah membawa kenangan pilu untuk ku kongsi bersama angin yang bertiup menanti sang rembulan menjelma.

        Aku akan pergi tatkala daerah cinta ini telah puas ku jelajahi,aku akan sematkan ia di pantai ini,akan ku kuburkan menjadi tugu cinta kita yang abadi.dan seandainya aku merindui lagi,pasti aku akan ke sini,merenung pantai lara di buai kenangan mengasyikkan.

Bangsa ku


           Aku bukan ingin berbicara tentang kisah dahulu kala,bukan nak bercerita tentang Hang Tuah ataupun Tun Teja.Aku bukan nak bercerita tentang Puteri Gunung Ledang atau pun nenek kebayan.Apa yang ingin ku ceritakan ialah orang kita,bangsa kita yang suka makan kawan,yang kuat mengapu,yang tikam belakang semata-mata untuk naik gaji atau pangkat.

          Aku kisahkan begini,di satu tempat yang majoritinya kaum melayu sering kita dengar ada perasaan tak puas hati dan iri mengiri.Kenapa ini terjadi?Nafsu ingin lebih berkuasa dan tamak kuasa banyak di pelopori oleh bangsa kita.Memang aku tiada statistik yang boleh menyokong kenyataan ini tapi aku hujahkan melalui pengalaman ku semasa bekerja di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur.Sapa saja yang kuat mengapu suka mengadu pada pihak atasan pasti akan di naikkan pangkat sedangkan ramai yang tahu siapa sebenarnya yang boleh dan tak boleh bekerja,dan kebanyakkan mereka ini adalah bangsa ku.Itu yang aku sedihkan.Itu jua yang aku tak faham seolah-olah pihak atasan pun tutup mata.

        Kalaulah aku dapat bercakap bagi pihak yang teraniaya,aku ingin katakan pada kawan-kawan semua,insaflah pada apa yang telah dilakukan ,benar rezeki masing-masing tapi laluilah dengan penuh berhemah bukannya memburukkan orang lain.Sedarlah satu hari nanti kita akan kebawah seperti roda berpusing.Maaf kalau ada yang terasa,ini cuma keluhan kerana aku sayangkan bangsa ku.....

        Marilah kita sama-sama bantu membantu,tak ada ruginya kita berpimpin tangan untuk maju ke hadapan.Usah tinggalkan bangsa kita hanyut di belakang.Kalau bukan kita yang berusaha siapa lagi....

Monday, December 13, 2010

Dera


Saban hari kita dikejutkan dengan berita dera disana sini.. sungguh menyayat hati, bila anak kecil di tumbuk, di terajang mau pun di pukul dan di rotan tanpa belas kasihan. Sayunya bila ada mangsa yang cacat atau pun meninggal dunia bila di perlakukan oleh manusia yang tidak bertanggungjawap..

Apakah layak orang begini di gelar manusia? Manakah letaknya adab timur yang kita sanjungi.. Anak adalah anugerah Allah yang tak ternilai harganya, merekalah penyambung warisan kita, bukan kah mereka juga yang akan mendoakan kita kala azab kubur memghampiri kelak dan doa anak-anak inilah yang kita pinta.. tapi mengapa nilai murni terhadap anak-anak ini makin dilupakan..

Atas dasar peringatan sosial antara kita, mari lah kita berfikir sejenak, kenapakah perkara ini sering terjadi, apakah tekanan hidup yang makin hari makin menyulitkan... atau pun ada perkara lain yang tidak dapat di huraikan... Kasihan ni lah pada anak kecil yang tidak tahu apa-apa pun.. kenapa perlu mereka menjadi mangsa keadaan?

Kembalilah pada ajaran agama, barangkali itulah saja jalan penyelesaiannya.. sampai bilakah agaknya perkara ini akan terus berlaku.. Sayangi lah anak anda.. jangan lakukan DERA..

khurafat


          Satu lagi kerpercayaan karut yang sinonim dengan orang melayu,kisah hantu memang menjadi sukai ramai,kalau tak masakan banyak filem seram pecah panggung,kutipan berjuta-juta hasil dari cerita hantu.Hantu benda yang menakutkan tapi ramai nak tengok dari dekat,ingat lagi tak pameran hantu di muzium negara suatu waktu dahulu,berduyun orang ramai ke sana,kerana ada hantu yang di pamerkan.Begitulah hantu,ianya amat dekat dengan kita sebenarnya,kerana hantu itulah syaitan kalau tidak pun kitalah sebenarnya hantu....

         Hantu pocong yang berbungkus pernah di lihat di sebuah tanah rancangan felda,kesahihannya tidaklah di ketahui.Walau pun ada gambar menjadi bukti tapi zaman yang serba canggih ni manusia terlalu pintar untuk mencipta sesuatu.Jadi persoalan tinggal persoalan.hukum agama telah mengatakan syaitan itu wujud dan tugasnya menyesatkan manusia.Hantu juga pernah digambarkan sebagai seorang perempuan yang cantik bila manusia dapat memaku kepala hantu yang kita panggil pontianak.

       Tak tahulah macamana hantu tu berubah muka,belum dapat di pastikan lagi mungkin penggunaan teknologi mereka sedikit kedepan dari kita kot..Jangan salah anggap bukan takbur atau riak,sesungguhnya Allah menciptakan manusia lebih sempurna dan mulia dari segala ciptaan nya.Kitalah khalifah di muka bumi ini.Di bahu kita di pertanggungjawabkan membawa agama Islam yang kita anuti ke mercu kebanggaan.Hantu tetap hantu,selagi ada syaitan selagi itulah makhluk halus ini wujud.

        Maaflah kalau boleh saya katakan belum pernah terdengar hantu bunuh orang,yang ada orang yang di rasuk,mendengar suara-suara ghaib atau pun kita pernah dengar cerita terserempak hantu dan di usik hantu.mungkin hantu ni tak de kawan lalu kita di usiknya.Apa pun kita janganlah bercakap besar sebab hantu memang wujud dari syaitan tapi kita seolah-olah merelakan kewujudannya.Belajarlah dari ustaz atau alim ulama,mempercayai jangan sampai taksub hingga sanggup mengamal dan berdamping dengan hantu.

Runtuhnya iman


Apa nak jadi anak muda sekarang,terang-terangan melakukan maksiat di mana-mana.Di taman bunga,di shopping complek mahu pun di rumah tumpangan.Mereka tak takut pada dosa,mereka rasakan kebebasan adalah syurga dunia yang paling indah buat mereka.Siapa yang berani menegur nescaya akan dimarahinya pula.

Paling membimbangkan bila kita melihat ramainya anak perempuan melayu yang lari dari rumah mengikut buah hati mereka.Mereka ini ada yang masih bersekolah,masih hingusan lagi,tapi cinta telah memperdayakan mereka.Begitulah syurga dunia telah memesongkan akidah dan keimanan mereka,mereka lupa pada mak dan ayah yang telah membesarkan mereka dari sekecil tapak tangan hinggalah besar panjang,mereka lupa pada tangan ibu yang menyuapkan nasi ke mulut mereka semasa kecil.

Anak-anak muda ini tanpa segan silu berpelukan di tempat awam dan bercumbu di taman bunga,perlakuan yang amat menjijikkan.Bukannya tak di bendung tapi gejala sosial ini makin hari makin parah.Apa yang mereka cuba lakukan adalah cara hidup yang di adapitasikan dari Barat.Mereka tak menapis dengan sebaiknya dan syaitan adalah kawan di sebalik kerakusan mereka mencemarkan nama baik agama.

Bimbingan dari rumah dan jua rakan sebaya dilihat sebagai cara yang praktikal untuk melahirkan insan yang dapat membezakan halal dan haram.Menjauhi maksiat bermakna menjauhi diri kita dari melakukan dosa zina.Ambillah ikhtibar dari mereka yang telah terjebak,janganlah kita hanyutkan masa remaja pada jalan yang salah.Kita ingat mengingati pada diri sendiri,keluarga dan kawan-kawan......
  

Kenangan lalu


            Di waktu sunyi,tatkala unggas terbang bebas,burung berkicau pulang kesarang,aku masih mengingati memori silam antara kita.biar pun memori itu tidak seindah Uda dan Dara,tidak semegah indahnya cinta Shah Jehan,namun bagi ku,memori itu terlalu agung untuk ku lupakan.kerana aku terlalu jahil mengenal cinta mu,aku jadi insan yang tewas di kala cinta kita masih utuh bersemi.

           Kala kesunyian ini,seakan menjemput aku pulang semula,mengekori masa yang terbuang untuk menidakkan apa yang telah terjadi.Ku serap segala duka,ku dampar segala suka,kerana aku masih ingin di buai kenangan lalu.Tidak kah kau masih mengingati saat sukar menempuh badai hingga terdiri mahligai bahgia antara kita,jua tidakkah kau mengingati saat lara tatkala hancurnya mahligai kita?Aku tak mengerti hinggalah kesaat ini,kenapa begitu payahnya untukku merelakan kau pergi dari hati ku.Mungkinkah kerana aku terlalu menyayangi mu atau mungkin takdir telah menjadikan aku sang pangeran yang merindui sesuatu yang tak pasti.

         Saat kasih terputik di hati,ada bunga mekar mewangi di taman hati,dan aku muncul menyunting mu,biar pun itu hanyalah sekelumit kenangan indah antara kita,namun ianya akan ku potrettkan dalam sanubari ku sampai nyawa terpisah,kerana aku masih merindui mu,seorang wanita yang pernah menjadi permaisuri dalam hidupku.

Duit ( Fenomena hujung tahun )


          Cuti sekolah,musim banjir,jualan murah,cuti-cuti,majlis perkahwinan,semua itu fenomena biasa di hujung tahun,kalau boleh semua nak di buat di hujung tahun.Bonus pun keluar hujung tahun.Pada wanita mengandung yang dah cukup bulan,pun tahu-tahu tunggu hujung tahun.Baju sekolah,kasut sekolah dan peralatan anak nak ke sekolah pun di buat di hujung tahun.

         Apa yang menjadi masaalahnya kita sering tak cukup duit di hujung tahun,mulalah harap bonus atau gaji keluar awal,itu pun tak cukup jugak.Banyak sangat duit yang perlu digunakan di hujung tahun.Berhemah memang berhemah sebab perbelanjaan yang perlu di hujung tahun semuanya penting.tak tahu mana nak di dahulukan.

       duit memang tak cukup,mulalah buat kerja sampingan di samping itu mengitai pinjaman dari institusi pinjaman mahu pun bank atau syarikat kewangan yang berlesen.Bila hujung tahun saja,masaalah pasti timbul.Tapi ada seorang teman berkata,bukan hujung tahun saja bang,tiap-tiap bulan pun sama,duit tak pernah cukup.

      Terfikir jugak dalam hati,kita ni macam dah jadi hamba duit,siang malam bekerja nak cari duit yang banyak.Anda bagaimana,dah cukup duit nak buat kenduri kahwin,kalau belum kerjalah siang malam,mungkin impian anda tercapai.meminjam tak ada sapa nak kasi...Nasib nasib.........

Sunday, December 12, 2010

Sekeping hati yang hancur


        Sayang,aku tahu betapa pedihnya hati mu tatkala kau mengetahui kecurangan ku,bukanlah niat ku membuka pekung di dada,bukanlah jua niat ku menyisihkan rindu yang terpahat.Kala kau ucapkan perpisahan,bergetar nafas ku,tak terpijak alam ku rasakan.Tak dapat aku bayangkan betapa hancurnya hati ku.namun apalah daya ku,yang terjadi telah pun terjadi.

        Sayang,aku pohon kemaafan, pada kesilapan yang sering ku lakukan,aku terlalu mudah untuk terpedaya lagi.Andai kau bisa menerima ku kembali,akan ku salutkan hidup mu dengan mimpi indah,hanya itu saja yang termampu ku lakukan.Saat perpisahan kita,ada airmata yang mengalir dari pipi mu,buat aku rasa bersalah membuatkan diri mu terseksa.Aku jua meratap pilu kerana terpaksa nelepaskan mu sayang.

       Sayang,telah ku lupakan apa jua yang terjadi antara kita,aku ingin kembali membina sebuah impian yang hancur.Tapi aku dapat rasakan kau terlalu jauh dari ku,hatimu barangkali bukan lagi untuk ku,kiranya apa yang  ku firasatkan ini benar,pastilah aku insan yang paling kecewa.Aku mengharapkan ada sinar di sebalik kekerasan hatimu.aku masih seperti dahulu sayang,aku masih menyintai mu.Apa yang terjadi antara kita hanyalah sejarah hidup kita yang tak bisa dipadamkan.

      Kiranya kecurangan itu membuatkan kau takut sayang,apalah daya ku lagi,ingin ku buktikan nilai kasih ku pada mu,ingin ku sematkan rasa cinta agar kau mengerti,apa yang terjadi dahulu hanya lah kesilapan yang tak mungkin berulang kembali.Bukalah pintu hati mu kerana ada sinar disebalik awan yang mendung.Aku hanya mampu mengalung janji yang akhirnya hanya Tuhan yang bisa menentukan.

Jejantas


Tahukah anda bahawa mengikut statistik bahawa pengguna jalanraya adalah yang tertinggi terkorban di negara kita dan pejalan kaki adalah penyumbang kepada statistik ini. Persoalannya kenapa pejalan kaki tidak mahu mengambil langkah selamat ketika menyeberang jalan atau pun menyusur jalan untuk kemana-mana. Banyak wang telah di belanjakan untuk di bina jejantas. Sesetengah jejantas memang cantik, tapi di mana silapnya bila orang tidak mahu menggunakannya.

Rata-rata pejalan kaki lebih rela menyeberang jalan di bawah jejantas, mereka menyabung nyawa melalui kereta yang di pandu laju dengan alasan mudah, ingin cepat dan penat nak naik jejantas.Alasan yang cukup mudah bagi mereka untuk menghalalkan cara.Tapi terfikir tak,mereka bahawa tindakan ini akan menambahkan lagi statistik orang-orang yang terbunuh di jalan raya.

Kerajaan telah membelanjakan wang bukan sedikit untuk kemudahan orang ramai.Pembinaan jejantas bukan projek suka-suka,tapi ianya untuk digunakan.Mungkin ada benar alasan pejalan kaki yang tak terdaya menapak anak tangga untuk menyeberang,tapi kita jugak harus sedar tentang keselamatan diri.Mungkin alasan ini boleh di ambil kira,sesetengah jejantas tidak selamat untuk digunakan,mungkin terlalu sunyi dan merbahaya untuk pejalan kaki.Kita pernah terbaca kisah ragut dan bunuh di atas jejantas.Ada relevannya alasan mereka.

Pada pihak yang berkenaan marilah kita sama-sama memikirkan apakah cara yang terbaik untuk menjadikan jejantas mudah dan selamat digunakan.Negara pasti rugi dengan kematian sebegini,bencana yang boleh dielakkan.Jadi,gunakanlah jejantas demi keselamatan nyawa anda.Anda pasti tahu masa dan ketika yang boleh di kategorikan waktu sunyi dan bahaya.Jadi semuanya terletak di tangan anda..

   

Bolasepak


Aku ingin berkongsi minat tentang sukan yang amat aku minati.Dah tentulah bolasepak,dulu masa kegemilangan bolasepak Malaysia aku boleh ingat kesemua nama pemain.Sapa tak tahu Mokhtar Dahari,Yunus Aliff,Arumugam,Santokh Singh dan ramai lagi..mereka semua pujaan aku,setiap kali pasukan Malaysia bermain aku lah insan yang paling gemuruh dan berdebar takut-takut Malaysia kalah.

Dalam negeri sudah pasti pasukan Pahang menjadi pasukan kesayangan ku hinggalah ke hari ini.Tapi sayangnya aku dah tak mampu lagi mengingati nama-nama pemain bolasepak Malaysia.Barangkali aku lebih kenal Ronaldo dan Messi dari pemain Pahang atau Tevez dan Rooney dari aku mengingati nama pemain Malaysia.

Bukan aku tak mengikuti perkembangan bolasepak Malaysia,tapi entah kenapa makin hari minat aku pada pasukan bolasepak Malaysia makin berkurangan.Salahkah aku?Aku masih cintakan bolasepak,masih ingin menonton pasukan Malaysia bermain tapi aku takut kecewa.Bila aku sandarkan harapan mereka akan terkulai.

Tapi aku tak harus menghukum mereka terus-terusan,aku tahu sokongan aku dan semua rakyat Malaysia amat di harapkan.Semalam waktu berita perdana aku dapat tahu tentang kehebatan Malaysia di Piala Suzuki dulunya Piala Tiger.Malaysia dah keseparuh akhir dan amat memerlukan sokongan rakyat Malaysia.Perlawanan timbal balik yang tiba-tiba menaikkan keinginan ku untuk terus menyokong pasukan bolasepak Malaysia.

Mungkin tak ada lagi Mokhtar Dahari,Hassan Sani atau pun James Wong,tapi aku pasti mereka ada semangat juang bak harimau yang terluka.Ayuh,andai inilah jalan permulaan,kita hayunkan langkah,kita perjuangkan maruah yang tercalar.Malaysia Boleh,kita boleh keperlawanan akhir dan jadikan Vietnam sebagai mangsa kita.Ayuh anak muda Malaysia.Buktikan anda mampu mengangkat martabat bolasepak Malaysia.


     

saat ini


        Teman,kiranya saat ini dikau sedang bergembira,aku mohon kemaafan,andainya bakal ku calarkan kegembiraan mu dengan sebaris bicara duka yang bisa membuatkan mu terkesima di penghujung rindu.Maafkanlah aku teman,telah aku cuba untuk menyayangimu,namun minda terpahat kukuh menidakkan kehadiran mu.Aku belum bisa menyintai dan dicintai.

       Teman kiranya saat ini kau sedang di ulit mimpi indah,aku pohon sebaris bicara merelakan aku pergi jauh dari sudut hati mu.Maafkan aku teman,kiranya aku terlalu rakus merentap kasih mu,aku tak terdaya teman,aku terlalu lemah untuk menerima sekalung cinta yang kau damparkan.Aku masih alpa dengan kenangan silam,terlalu sukar untuk ku lupakan sebuah memori yang ranap disaat hati terlalu menyayangi.

      Teman ku harap dikau mengerti,apa yang terjadi bukanlah niat ku mempermainkan kesucian kasih mu,bukan ku mahu ianya terjadi di saat kau membuka pintu hati mu untuk kehadiran sebuah cinta.Aku terlalu akur pada takdir yang bakal memisahkan kita.Ketahuilah teman,andai suatu hari nanti kau bisa menyeka airmatamu,saat itu kau akan mengerti,betapa indahnya perpisahan ini.Terciptanya cinta bukan untuk ku teman.

    Maafkan aku teman,saat ini aku masih menghitung hari,mengadai waktu yang terluang pada satu harapan,agar kau dipermudahkan perjalanan dalam mencari kasih mu..Aku akan tetap setia di sini merindui saat kau menjelma dalam hidupku.Doakan aku sentiasa di ulit mimpi indah dan aku jua akan sentiasa menadah tangan mendoakan agar kau bahgia selamanya.

wahai wanita hati hati


Salam untuk semua kaum wanita...ada kisah yang nak di kongsi bersama..terima kasih pada kawan facebook yang ingin kisah ini di kongsi seramai mungkin. Kesah ini betul-betul terjadi kat Penang

Kisah nya..ada seorang perempuan ni berhenti dekat stesen gas "pay-at-the-pump" untuk isi minyak..sebaik saja dia siap isi minyak tu dan nak beredar,seorang pekerja kat situ buat pengumuman yang kad kredit perempuan ni ada problem sikit..pekerja tu suruh perempuan ni masuk ke dalam untuk bayar..tapi perempuan ni confused la sebab transaksi menunjukkan yang pembayaran kad kredit dia diluluskan dan tak ada masaalah apa-apa pun..

so perempuan tu bagitau la pekerja tu dan dia pun bersedia nak beredar ke kereta dia balik..tapi pekerja tu tetap bertegas dan suruh dia masuk dalam..perempuan tu pun decided untuk masuk ke dalam...sebaik aje dia masuk kat dalam..dia mula marah kat pekerja tu..lalu pekerja tu suruh dia bertenang dan bagitau hal sebenarnya.. .nak tau apa?

sebenarnya masa perempuan tu dok isi minyak,pekerja tu nampak ada lelaki menyelinap masuk kat belakang kereta perempuan tu dan pekerja tu dah pun telepon polis..  perempuan tu pun apalagi, takut la..dia pun try intai dan dia nampak pintu kereta dia terbuka dan lelaki tu keluar dari kereta dia..

Sekarang ni..ada laporan yg mengatakan yg sekarang ni ada gang yang amik body part orang pompuan..salah satu cara diaorang adalah dgn menyelinap masuk kereta orang perempuan masa perempuan tu tengah pump gas atau beli barang kat kedai TENGAH-TENGAH MALAM!! Kemudian,dia orang akan potong kaki perempuan tu untuk memudahkan diaorang culik dan bunuh perempuan tu..

satu cara lagi pulak,dia orang akan masuk kedalam kereta yang tak ada orang dan tak berkunci kemudian culik perempuan tu dan bunuh dia orang. Semalam pun ada Crime Investigation di Astro menceritakan kes yg sama di Hong Kong . Tapi perlakunya adalah pemandu teksi yang mengambil penumpang perempuan selepas lepas tengah malam. Memang ngeri.
Bagi kaum perempuan elakkan keluar berseorangan diwaktu malam. Malang tidak berbau,kita mampu mengubahnya..

Ubi rebus ( Satu nostalgia)


Hujan turun renyai-renyai,dah cukup membuatkan aku kesejukkan.Duduk di rumah keseorangan sambil menonton TV,membuatkan aku teringat sesuatu.Aku teringat kampung halaman dan lebih membuatkan aku ingat di hujan petang ini ialah ubi rebus dengan sambal belacan mak.Fuhhh berselera aku terasa lapar pulak perut.Tapi manalah aku nak cari ubi rebus kat bandar ni.Kalau ada pun kena tunggu pasar malam,itu pun kenalah rebus sendiri.

Masa kat kampung itulah menu yang selalu mak hidangkan waktu petang di samping air kopi.Kadang-kadang ada jugak cekodok pisang,paling tidak pun mak akan buat lempeng kosong.Bagi aku semua tu menu yang paling sedap di kampung.Bila dah duduk di bandaraya besar ni aku jadi rindu pada menu petang tu..terutama ubi rebus cicah sambal belacan.

Hujan masih tak berhenti,makin lebat,aku masih malas di sofa,tapi kenangan ku masih kuat kat kampung,aku rindukan suasana hujan sambil berbual dengan ayah dan ibu.Mak memang tahu selera ku,tak payah di cakap,mesti ada juadah di depan mata.Tapi bilakah agaknya suasana begini akan terjadi kembali.Aku pasti akan pulang ke kampung tapi kali ini aku akan bawa bersama keluarga ku,sebab aku nak ajar mereka makan ubi rebus cicah sambal belacan.Emmm sedapnya..

Saturday, December 11, 2010

Mak ( Satu ungkapan terima kasih)


Aku bertuah kerana memiliki mak yang penyayang,mak yang sanggup bersusah payah,sanggup bermandikan hujan dan panas semata-mata untuk membesarkan aku.Aku amat berterima kasih pada mak yang tak jemu-jemu menegur ku dan membimbing ku di kala aku melakukan kesilapan.Mak,hanya tuhan saja yang tahu betapa aku terlalu menyayangi mu.

Aku juga ingin berkongsi rasa bertuahnya di kurniakan seorang lagi mak yang pemurah dan baik hati,ibu mertua ku.Seorang ibu yang tabah di sebalik kesengsaraan yang di tanggung.Pada mak ingin aku sanjung setinggi sanjungan.Ingin aku hadiahkan segunung mutiara,segunung emas,segunung permata buat mak,anak mu ini sebenarnya tak layak di angkat sebagai anak.Tapi mak,fahamilah naluri seorang anak,kadang-kadang egonya cukup tinggi tapi hatinya terlalu menyayangi seorang ibu.

Aku bertuah memiliki dua orang mak yang mempunyai perwatakan berbeza tapi naluri keibuan yang sama,aku sayangkan keduanya seperti aku menyayangi diri ku.Mak seorang yang tabah membuatkan aku kagum dan amat menghargainya.

Mak,andainya anak mu ini masih membuatkan air mata mu jatuh lagi,anak mu ini memohon keampunan,nank mu ini tak sempurna,terlalu banyak kekurangan,tapi percayalah tidak sedikit pun aku ingin mencalarkan hati mak.Anak mu ini akan sentiasa mendoakan kesejahteraan mu.


Aku bertuah memiliki mak dan untuk sekian kalinya aku ingin ucapkan terima kasih atas segala pengorbanan mak dan cucu mak sebagai saksi betapa sayangnya aku pada mak.

Sopanlah sikit


 Hari ini aku memandu Iswara yang agak lama usianya ke Damansara melalui lebuhraya Utara Selatan, jalan taklah sibuk sangat, almaklumlah masih pagi tambahan pulak hari minggu. Aku memandu di lorong tengah dengan kelajuan 100km sejam. Aku sedar sesetengah pemandu mengganggap aku memandu macam kura-kura. Ada aku kisah, kereta aku nasiblah..

Setelah setengah jam memandu, tiba-tiba sebuah kereta Gen 2 merah memecut di lorong laju, dengan kelajuan yang aku anggarkan melebihi 150km sejam. Berderau darah aku bila kereta Gen 2 ni memotong kenderaan di depannya dengan cara yang merbahaya. Dah lah laju, ikut kereta depan rapat sangat, kalau lah kereta yang di hadapan membrek atau ada masaalah lain,t akkan naya di buatnya.

Wow beraninya dia, tak sayang nyawa.. terpacul ayat tu dari mulut ku.. Serentak juga aku makin memperlahankan kereta ku. Bukan apa tergaman aku di buatnya. Pemandu macam ni meletakkan undang-undang jalanraya di tempat duduk penumpang belakang. Bagi mereka tiada istilah takut.

Lamunan aku terhenti bila di hon oleh lori di belakang ku, alamak aku makin perlahan daa."Maaf ya , saya tak sengaja" bisik hati kecil ku. Aku masuk di lorang paling kiri dan mengangkat tangan tanda meminta maaf. Tahu apa yang aku dapat, satu isyarat lucah dan mulut terkumang kamit menyumpah aku gamaknya keluar dari mulut si pemandu lori tersebut.

Aduh.. makin tak ber etika pemandu di Malaysia ni . Tapi aku percaya ini cumalah segelintir sahaja. Masih ramai yang mengikut undang-undang jalanraya. Tapi betul ke... Entah anda fikirkanlah sendiri. Perjalanan aku hari ini menyaksikan satu peristiwa untuk dijadikan tauladan dan terpulanglah untuk kita menilainya. Tepuk dada tanya selera.
        

seksi atau seksa


Ini pengalaman sebenar yang ingin aku kongsikan bersama,di satu hari di dalam bas yang penumpangnya bolehlah dikira ramai jugak. Kelihatan 3 orang perempuan melayu yang cantik menahan bas dan bila bas berhenti naiklah mereka dengan gaya yang penuh mengoda, nak di jadikan cerita mereka terpaksa berdiri kerana tempat duduk dah penuh.
       
Telan air liur jugak aku dibuatnya, apakan tidak, salah seorang dari mereka memakai seluar yang teramatlah pendeknya dan berbaju tanpa lengan hingga menampakkan pusat. Masyaallah.. apa nak jadi bangsaku ini, aku ingatkan aku seorang saja yang melirik gatal, rupanya lelaki hidung belang lain pun dok menjeling sama meratah permandangan percuma. Apalah agaknya yang diaorang fikirkan dalam hati?

Agaknya si perempuan seksi ni terperasan ramai mata sedang memerhati, terus seolah-olah menarik sikit seluarnya dan bajunya seperti mahu menutup apa yang terdedah. Cubalah dibayangkan segalanya dah singkat apa yang nak di tutup. Agaknya merasa malu perempuan ni berselindung di sebalik rakannya yang agak sopan pakaiannya.

Persoalannya kalau dah berani pakai macam tu kenapa nak malu, kenapa nak menyorok pulak, bagi ajelah orang tengok.. Entahlah apa nak jadi pada bangsa aku sendiri. Takut jugak aku kalau-kalau ini terjadi pada keluarga aku sendiri.

Budaya yang di import dari barat tanpa tapisan dari agama yang suci maka macam ni lah jadinya.Islam dah mengajar yang mana halal yang mana haram.Tak semena-mena aku pun ikut berdosa sama.Ish..Ishh.Ishhh

Friday, December 10, 2010

Penantian


Aku masih mencari alunan indah dari bait bicara mu, aku masih ternanti nanti sampai bilakah aku harus menanti sinar yang bagaikan kelam tanpa bayangan.kiranya aku tahu kalam apa yang tersembunyi, barangkali aku tidak lagi menanti. Aku tak tahu sampai bila ianya berakhir.

Aku masih setia disini, menanti kau hadir seperti dahulu, menyapa cintaku dan menidurkan malamku dengan mimpi yang indah. Aku rindukan saat bibir mu membisikkan kalimah sayang sebelum aku di ulit mimpi. Semua itu kenangan yang ku nantikan, kenangan yang kelam di balik awan hitam yang seakan tak mahu beredar.

Aku masih disini, menghabiskan masa yang ada pada satu mimpi yang tak sudah, aku sebenarnya mahu lari dari bayang mu, tapi aku tak mampu melakukan nya, bayang mu sering menganggu rinduku, aku tak mampu menyingkir mu jauh dari sudut hati ku.. kiranya inilah yang dikatakan pasrah,s ememangnya aku pasrah pada takdir. aku pasrah menanti pada penghujung kisah kita.

Pada malam aku bisikkan kata azimat, agar esok ada rembulan yang mengiringi kepekatannya.. aku ingin melihat kenangan bertemu indah di maya iilusi dan kita di buai fantasi, biar pun aku tahu ianya semakin jauh meninggalkan aku. Kiranya kasih tak bisa kembali lagi, bukanlah kerana janji yang di dustai tapi kerana aku yang tak mampu melawan takdir.

Sampah


Semalam cuaca di tempat aku di Rawang, sungguh cerah sekali dan aku mengambil kesempatan untuk berkelah dengan keluarga di SG Batangkali, yang terletak di antara bandar Batang Kali dan jalan dalam ke Genting Highland. Orang taklah berapa ramai waktu pagi, dan kesempatan itu aku ambil untuk berendam sepuasnya. Memang sejuk, maklumlah air dari banjaran yang mengalir.
       
Aku lihat anak-anak aku bermain air dengan gembira sekali.. budak-budak kalau di bawa ke aktiviti macam ini memang mereka suka. Maklumlah mereka ni memang tak ada masaalah....

Tidak lama kemudian ada beberapa pengunjung datang, maka ramailah orang yang tadinya hanya aku saja yang ada di sini. Rasa kurang selesalah pulak. Tapi bila tengok anak-anak bermain air hilang rasa kurang selesa tu dan aku layan aje.. Hampir 1 jam jugak berendam.

Apa yang ingin ku ceritakan ialah tentang tabiat manusia yang membuang sampah merata-rata, aku agak sedih jugak melihat tahap kebersihan di kawasan perkelahan ini, kawasan nya cantik, dengan pokok hutan yang merinbum, kicau burung dan unggas memang menyamankan.

Tapi bila aku lihat longgokkan sampah yang di biarkan, aku naik loya dibuatnya. Ada kesan sampah di carik dan di sepahkan oleh binatang, mungkin anjing atau monyet yang mencari makan. Dari jauh aku nampak seorang perempuan sedang menyapu, mungkin pekerja di sini agaknya.

Aku cuma kesal segala tanggungjawab membersih kawasan perkelahan seakan-akan menjadi tugas pekerja yang di tugas saja, sedangkan kita sebagai penggunjung gagal memastikan kebersihan yang berterusan. Apalah salahnya kalau kita sama-sama menjaga kebersihan, takkan nak di ajar membuang sampah ke dalam tong sampah...

Kecantikkan alam ternyata membuatkan aku lupa masa berlalu dengan cepat.. fikiran yang berlegar tentang tabiat buruk pengunjung sudah hilang di sebalik hiruk pikuk pengunjung. Aku lihat anak-anak dah kesejukkan dan matahari telah mencacak atas kepala. Kawasan perkelahan ini sungguh indah dan aku akan kembali lagi dengan harapan tempat ini akan bersih tanpa sampah yang bertaburan.....

Thursday, December 9, 2010

Mari termenung sejenak (Satu keinsafan)


Ulam petai, sambal tempoyak dengan ayam kampung masak lemak cili api.. fuhhh memang menyelerakan, ditambahkan lagi dengan air sirap dan buah tembikai, memang membakar selera kita.. Sampai masanya kita menjamu selera.

Fenomena diatas memang lumrah buat kita bila kelaparan, kita impikan makanan yang sedap-sedap di depan mata dan kita mampu pula menjamahnya atas kuasa beli yang kita ada. Tapi pernah tak kita terfikir pada kawan-kawan kita yang susah, insaf tak kita melihat kebuluran mahu pun kekurangan makanan seprti apa yang berlaku di serata dunia khasnya di kebanyakkan dunia ke tiga.

Di bumi bertuah ini kita bebas mengecapi segala kemewahan hidup, apa jua yang kita ingini bukanlah terlalu susah untuk kita mendapatkannya. Tapi mereka yang tak mampu, hanya airmata kesedihan melihat anak-anak mereka yang makin kurus di mamah kebuluran angkara kedaifan mencari sesuap makanan.

Berbagai cara dan bermacam tabung di lancarkan untuk menolong mereka ini, persoalannya sejauh manakah kita terbabit dalam membantu mereka. Jangan dimegahkan sebesar mana derma kita tapi gahkan lah bahawa mereka terlalu memerlukan bantuan lebih dari kita perlukannya. Tak habis harta tak kurang rezeki melimpah jika kita insaf atas kesusahan orang lain.

Mereka tidak meminta untuk dijadikan sebegitu, mereka tidak meminta untuk terus meminta, tapi mereka hanya ingin kan sedikit perhatian buat semua yang prihatin agar hidup mereka juga sempurna seperti orang lain. Mereka tidak mahu makanan yang lazat-lazat tapi cukuplah sekadar roti pengalas perut yang kosong. Kita mampu membantu mereka kerana kita rakyat Malaysia yang penyayang dan pemurah.......

Maafkan aku teman


Termenung aku sendirian, hati ku bagai tersentak dengan apa yang kau katakan, kau terlalu murni, terlalu baik untuk ku lukakan hati mu.. maafkanlah aku teman, aku tak bisa menyambut hati mu bukan kerana kau tak layak menjadi permaisuri hidup ku, tapi kerana aku yang tak layak menghuni syurga di hati mu.

Maafkanlah aku teman, aku tahu keikhlasan hati mu, aku jua mengerti betapa tulusnya hati mu ingin membimbing aku ke jalan yang di redhai, tapi aku tak mampu teman, aku tak mampu membohongi diri ku, aku takut kerana aku bukan seperti apa yang kau fikirkan.

Maafkan aku teman, andainya hati mu akan ku robek, aku tak mampu menjadi khalifah dalam hati mu, terlalu banyak kekurangan dalam diri ku.. Aku relakan kau pergi teman, cari lah penawar dalam menempuh gelora yang tercipta. Mungkin kau tercipta pada insan yang cukup sempurna keimanannya dan ianya bukan aku teman.

Maafkan aku teman, kerana tak mampu membahagiakan mu, aku tak mahu hidup dalam kepuraan lagi, aku berdosa, aku terlalu jahil dalam mengenal diri mu. Setiap katamu berlapik sopan, setiap langkahmu beralaskan keimanan, buat aku terkedu dalam menilai mu..

Pergilah teman, carilah tulang rusuk kiri mu di segenap alam maya dan yakinlah kau akan bertemu dengan khalifah dalam hati mu. Aku usahlah kau tangisi kerana aku tak layak buat mu.. Hidup kita ibarat bumi dan langit. Aku tahu di mana taraf ku... Maafkan aku teman..

Lajunya


Hampir setiap pagi aku melalui Lebuh raya Utara Selatan, naik bosan lalu di jalan yang sama, tapi nak buat macamana dah terpaksa. Apa yang nak aku katakan ialah sikap pemandu di jalanraya sepanjang pengalaman aku melalui kawasan ini dan mungkin ianya lebih kurang sama dengan tempat lain.

Aku sering tertanya, apakah had laju 110km sejam hanya peringatan aje, kerana rata-rata pemandu tidak mengikutinya.. mungkin kerana kecanggihan kereta mereka yang laju membelah angin sampai terlupa had laju yang di benarkan. Tak kiralah kereta apa sekali pun, bila dijalanraya mencanak lajunya. Inilah tabiat manusia yang menjadikan keselamatan jalanraya sebagai sesuatu yang di pandang remeh.

Kalau kita lambat, mereka akan pasang lampu tinggi, ini pernah terjadi pada aku, dimana satu hari aku memamdu dengan had laju yang di tetapkan, tapi tanpa semena-mena ada sebuah bas ekspress mengekori ku dengan laju sekali. beberapa kali lampu di tinggi rendahkan tanda memberi isyarat untuk aku ketepi.

Panas jugak hati aku, cuba kita bayangkan, kalau aku dah memecut dengan kelajuan maksima macam tu masih ada lagi yang nak memotong terutama kenderaan berat.. alangkah sedihnya jika berlaku kemalangan, kerana ini angkara dan kesilapan kita yang tidak mematuhi undang-undang jalan raya. Sikap pemandu seperti ini memang patut di tarbiahkan. Kita tak nak lagi membaca kisah-kisah kemalangan di jalan raya yang meragut nyawa manusia.

Ternyata undang-undang belum dapat membendung sikap manusia yang rakus mempamerkan kehebatan mereka di jalan raya ini. Saya sering mengingatkan diri saya dan kawan-kawan semua, ikutlah had laju yang dibenarkan, memang sukar tapi kalau kita amalkan tiap hari ianya akan menjadi kebiasaan. Cubalah...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...