Tuesday, January 11, 2011

anda apa khabar??


hari pertama dalam bulan january 2011, ini untuk mencurahkan coretan dalam blog yang dah lama sepi... tersangat sibuk semenjak kebelakang nie... allahmdullilah sekarang dapat meluang kan masa... apa khabar semua?? di bulan ini pasti nya banyak perkara yang harus diselesai kan.. doa saya harap anda semua sihat kesihatan hendak nya..

sekarang ini tengah update BW kan diri sendiri untuk mengetahui apa yang dah berlaku dalam dunia blog... rasa nya banyak saya ketinggalan cerita kawan kawan..

walau pun idea yang mencurah curah belum kunjung tiba tapi rasa nya bertanya khabar sesama kita juga sudah mencukupi kan. kepada teman teman dunia maya ini saya akan kembali dan tunggu la coretan saya... tungguuu...

Tuesday, December 28, 2010

Kiranya itu yang kau pinta

          

Betapa pedihnya ku rasakan, bila setiap hari aku melihat kecurangan mu, mengapa begitu sukarnya aku melupakan diri mu, kenapa jalan ini yang aku pilih, menanti dan mengharap pada sesuatu yang tak pasti. Aku terlalu menyayangi mu, terlalu mengagungkan cinta silam hingga terlupa yang kita sudah lama terlerai ikatan.

          Kiranya saat ini kau mencipta kembali cinta mu pada insan lain pastinya aku tidak mampu melakukan apa-apa, aku tidak mampu melawan takdir, andai kau ingin pergi jauh dalam hidup ku sekali pun, tak terdaya aku menahannya. Aku cuma hidup di kenangan cinta silam. Aku sang pengemis yang mengemis sedikit ruang untuk aku berteduh, tak lebih dari itu. Kini dan selamanya kau tetap ku ingati biarpun terpisah nyawa dan badan.

        Semalam kau adalah milik ku yang abadi, sebelum datang badai menghanyutkan kita. Kiranya kita tak mampu lagi mengulangi kisah lalu, aku pinta kau mengingati aku sebagai teman yang pernah menjadi raja di hati mu, pinta ku kau potretkanlah kisah itu jauh di sudut hati mu walaupun kini kau telah di miliki oleh insan lain. Sejarah akan tetap menjadi sejarah, cuma kebahgiaan  yang mampu ku doakan buat mu.. Penantian ini bakal berakhir tanpa restu perpisahan dari ku..

Monday, December 27, 2010

Pulau Langkawi

        
 Andai anda di beri pilihan untuk memilih destinasi perlancongan di dalam negara, manakah destinasi pilihan anda ? Apakah anda akan memilih kota metropolitan atau jauh di pendalaman, atau memilih kawasan perkhelahan atau tempat bersejarah yang menjadi pilihan.

          Jika anda memilih untuk mengabungkan segala keinginan anda rasanya Langkawi adalah tempat yang paling sesuai.Manakan tidak, anda boleh merasai keindahan pantainya, dan menyusuri sejarah nya.Mulakan dari  Langkawi Mall, dan komplek bebas cukai dengan deretan pilihan yang merabunkan mata pelancong, pemandangan yang cantik dan indah di Dataran Helang, hingga lupa malam menjelang.

          Usah risau pada penginapan, kerana terlalu banyak chalet dan hotel mengikut kemampuan yang terletak di pantai yang mengasyikkan.Amat sesuai untuk bersantai, pergi saja ke Pantai Cenang atau pantai Kok atau Burau Bay semuanya memikat...(sekadar menyebut beberapa nama )..atau bagi yang memilih suasana bandar pekan Kuah pasti memikat citarasa.

           Langkawi Underwater World adalah destinasi yang seterusnya di samping taman buaya yang menempatkan hampir 1,000 buaya di sini, bila menyusuri kaki peranginan ini buat kita lupa matahari ingin beradu.

          Jangan kita lupa pada kota Mahsuri yang senonim dengan Langkawi, dan kereta kabel di gunung Mat Cincang semuanya tarikan indah yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata.Pada yang memilih untuk ke pulau terdapat beberapa buah pulau yang menarik seperti Pulau Dayang Bunting yang mempunyai lagenda cerita rakyatnya atau Pulau Beras Basah dan pulau Singa Besar yang cantik saujana mata memandang.Pada yang suka menyelam Pulau Payar piliihan yang tepat.

          Segalanya di Langkawi,andainya di beri pilihan berkunjunglah ke Langkawi,banyak lagi tempat yang tak di sebutkan semuanya terdapat di sini.Jadi apa tunggu lagi...jom ke Langkawi...
    

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...