Saturday, December 4, 2010

saka


menyeramkan.. itulah perkataan yg boleh dilabelkan pada SAKA. apakah anda pernah mengalaminya.. itulah yg ingin saya perkatakan.. sejak dari belasan tahun lagi saya sering diganggu dengan saka.. menyeramkan kalau nak diingati.. satu malam.. arwah nenek, mak dan abah menunggu ketibaan makhluk halus yg sering mengganggu tidur ku..

mungkin anda tidak percaya tapi itulah hakikatnya, ia wujud dan malam tersebut terungkailah satu cerita.. aku telah lena dibuai mimpi bila tiba tiba aku terasa kakiku dipegang dan satu makhluk aneh melayang ke ibu jari ku.. serentak aku menendang angin dan nyaris ayah ku sempat mengelak.. dari peristiwa itu lah aku mendapat tahu dari nenekku bahawa belaan arwah atuk ku sedang menguji aku..

ternyata aku dicari kerana makhluk itu tidak bertuan semenjak kematian atuk.. ahh ini betul kes berat.. aku cuba berubat dengan bomoh yg ku kenal.. tapi ternyata aku gagal dipulihkan.. malah setiap malam tepat jam 12 malam aku merasa ada sesuatu memelukku hingga aku merasa kebas, seperti biasa aku akan melawan dengan kudrat yg ada..



tapi tumbukkan ku hanyalah membelah angin.. aku tak tahu apa yg harus ku lakukan.. pernah aku ternampak lembaga tanpa badan ditangga rumah kakak ku.segalanya amat menyeramkan buat ku.. satu hari seorang ustaz mengubat ku dgn rela,katanya aku diganggu jin islam dan memang agak sukar dipulihkan. .

aku bertawakal dan memohon pada Allah agar usaha ku ini berhasil.. akhirnya gangguan demi gangguan makin berkurangan dan aku boleh tidur dengan lena tapi dengan satu syarat.. semasa tidur aku mesti menyelimuti ibu jari ku.. anda terdedah pasti ada gangguan.. aku benci keadaan ini,tapi itu lah yg aku alami.. aku jua takut,kalau kalau gangguan ini akan mencari zuriat ku... apakah anda pernah mengalaminya.. SAKA..

3 comments:

Fahimah Mahayuddin said...

Ya Allah..takutnya kalau jadi macam ni.Kepada awak,banyak-banyak bersabar dan cuba berubat cara islam k.Saya tak pernah lagi alami

KART ZAIRE said...

terima kasih saya akan terus berubat secara islam

hans said...

owh
insyaallah bakal ada penawarnya
jgn berhenti dari berusaha mencari jalan penyelesaian

P/S : Apa Yang Terangkat Bila Ada Kakak/Abang/Adik Angkat!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...