Tuesday, December 7, 2010

Pekerja asing (Antara pro dan kontra)


Salah siapakah jika di Malaysia terlalu ramai tenaga asing bertandang, di mana-mana jua kita dapat lihat golongan ini berkeliaran. Ada yang datang secara sah dan ada juga yang secara haram. Menariknya, mereka jugalah yang mencorakkan kemajuan negara kita.

Anak muda Malaysia ramai yang tidak berminat dengan kerja-kerja yang kurang popular, nah orang asing ini lah yang mengisinya.. jadi sapa yang nak di salahkan?

Cuma yang tak sedapnya ada segelintir golongan pendatang asing ini buat onar di bumi Malaysia. Budaya di tempat mereka telah dibawa perlahan-lahan ke dalam organisasi peradaban kehidupan kita seharian, mangsanya kitalah..

pernah terbaca golongan ini melakukan rompakan, peras ugut, membunuh, menipu dan lain-lain lagi yang selalu kita baca di dada akhbar? Pernahkan... macamana nak mengatasi perkara sebegini berlaku.. menyekat kedatangan mereka yang masuk secara sah bukanlah jalan penyelesaian kerana mereka juga membantu kita dalam banyak sektor perkerjaan di sini.

Yang ingin kita sekat adalah budaya yang kurang sihat. Tapi bagaimana caranya.... Mari kita berfikir sejenak.. berapa ramai anak Malaysia menjadi mangsa pada kerakusan budaya kurang sihat ini..

Rasanya jawapan ada pada kita, anak muda Malaysia harus berani memajukan diri, menceburi bidang yang selama ini di pelopori oleh pendatang asing ini dan pada anak-anak gadis, kita tanamkan keimanan yang tebal dari kecil lagi betapa pentingnya institusi kekeluargaan.

Kita boleh lakukan dan masa itu nanti barulah kerajaan akan mengurangkan pengambilan tenaga asing bila tenaga pekerja tempatan mampu melakukan apa yang telah golongan ini tinggalkan.

Tepuk dada tanya selera, berubahlah kerana kita perlu yakin dengan kemampuan diri. Nasib negara kita, jatuh dan bangunnya terletak pada kita yang mencorakkan... Tanya diri anda, apakah yang telah kita lakukan demi negara kita tercinta....

2 comments:

Anonymous said...

Rakyat kita pon ada jadi pendatang asing kat negara-negara lain..

KART ZAIRE said...

Ya saya setuju,dan kita berharap mereka juga menjaga tatasusila dan tidak membuat onar.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...