Tuesday, December 7, 2010

Bicara politik


Teringin pulak rasanyanya bercakap pasal politik, walaupun saya ni mentah dalam arena politik, tapi rasanya saya tidaklah jauh ketinggalan mengikuti perkembangan politik semasa. jujurnya saya bukanlah pro kerajaan dan saya juga bukan pro pembangkang. Apa yang ingin saya katakan cumalah pandangan peribadi seorang rakyat yang sudah beberapa kali mengundi dalam pilihanraya.

Pada hemah saya, kekalahan teruk parti pemerintah dalam pilihanraya lalu adalah kerana didalangi oleh faktor dalaman parti dan rakyat yang kecewa. Pembangkang memang perlu diakui kehebatannya ditambah pula dengan faktor Dato Seri Anwar yang masih relevan. Masakan tidak, ramai yang ternanti-nanti tarikh 16 september, berdebar jadi ke tidak peralihan kuasa berlaku.. ternyata itu hanyalah mainan politik, tapi mainan politik itulah buat ramai dalam parti pemerintah jadi gabra.

Sebenarnya kita perlukan pembangkang yang kuat, sebab suara mereka juga yang akan menegur perkara-perkara yang tidak betul dalam kerajaan, kita tidak mahu melihat pembangkang yang berkokok aje lebih tapi bila di ajak bersabung,, emm terkulai sebelum masuk gelanggang.

Tidak semua yang di buat oleh parti pemerintah sekarang tidak betul, sejak berlakunya tsunami politik, kita dapat merasai betapa mereka berusaha mendekatkan diri dengan rakyat. Beruntungnya rakyat di Malaysia kerana kesemua parti memperjuangkan kehendak rakyat. Mungkin ada yang tak bersetuju dengan pendapat saya ini, tapi setuju atau tidak kita harus menoleh ke belakang, ingatlah jasa pada mereka yang telah berusaha menjadikan bumi Malaysia sebagai negara yang berdaulat.. janganlah kerana berlainan fahaman politik, kita bermusuhan dan caci mencaci.

Tidak perlu terlalu taksub, kerana pilihanraya akan datang makin dekat.. semua parti berusahalah untuk memenangkan hati rakyat.. dan aku pasti akan mengundi lagi...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...