Monday, December 13, 2010
khurafat
Satu lagi kerpercayaan karut yang sinonim dengan orang melayu,kisah hantu memang menjadi sukai ramai,kalau tak masakan banyak filem seram pecah panggung,kutipan berjuta-juta hasil dari cerita hantu.Hantu benda yang menakutkan tapi ramai nak tengok dari dekat,ingat lagi tak pameran hantu di muzium negara suatu waktu dahulu,berduyun orang ramai ke sana,kerana ada hantu yang di pamerkan.Begitulah hantu,ianya amat dekat dengan kita sebenarnya,kerana hantu itulah syaitan kalau tidak pun kitalah sebenarnya hantu....
Hantu pocong yang berbungkus pernah di lihat di sebuah tanah rancangan felda,kesahihannya tidaklah di ketahui.Walau pun ada gambar menjadi bukti tapi zaman yang serba canggih ni manusia terlalu pintar untuk mencipta sesuatu.Jadi persoalan tinggal persoalan.hukum agama telah mengatakan syaitan itu wujud dan tugasnya menyesatkan manusia.Hantu juga pernah digambarkan sebagai seorang perempuan yang cantik bila manusia dapat memaku kepala hantu yang kita panggil pontianak.
Tak tahulah macamana hantu tu berubah muka,belum dapat di pastikan lagi mungkin penggunaan teknologi mereka sedikit kedepan dari kita kot..Jangan salah anggap bukan takbur atau riak,sesungguhnya Allah menciptakan manusia lebih sempurna dan mulia dari segala ciptaan nya.Kitalah khalifah di muka bumi ini.Di bahu kita di pertanggungjawabkan membawa agama Islam yang kita anuti ke mercu kebanggaan.Hantu tetap hantu,selagi ada syaitan selagi itulah makhluk halus ini wujud.
Maaflah kalau boleh saya katakan belum pernah terdengar hantu bunuh orang,yang ada orang yang di rasuk,mendengar suara-suara ghaib atau pun kita pernah dengar cerita terserempak hantu dan di usik hantu.mungkin hantu ni tak de kawan lalu kita di usiknya.Apa pun kita janganlah bercakap besar sebab hantu memang wujud dari syaitan tapi kita seolah-olah merelakan kewujudannya.Belajarlah dari ustaz atau alim ulama,mempercayai jangan sampai taksub hingga sanggup mengamal dan berdamping dengan hantu.
Labels:
bicara semasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

2 comments:
itula pasal
bila taksub yang jadi tak ketahuan tu
Jom Tengok Entry Terdahulu
P/S : Download OST Lagu Tema Putera Katak - Ku Gembira
P/S : Kenapa Perlu Diadakan Benda Yang Tak Pernah Wujud?
betul betul..
Post a Comment