Monday, December 13, 2010
Runtuhnya iman
Apa nak jadi anak muda sekarang,terang-terangan melakukan maksiat di mana-mana.Di taman bunga,di shopping complek mahu pun di rumah tumpangan.Mereka tak takut pada dosa,mereka rasakan kebebasan adalah syurga dunia yang paling indah buat mereka.Siapa yang berani menegur nescaya akan dimarahinya pula.
Paling membimbangkan bila kita melihat ramainya anak perempuan melayu yang lari dari rumah mengikut buah hati mereka.Mereka ini ada yang masih bersekolah,masih hingusan lagi,tapi cinta telah memperdayakan mereka.Begitulah syurga dunia telah memesongkan akidah dan keimanan mereka,mereka lupa pada mak dan ayah yang telah membesarkan mereka dari sekecil tapak tangan hinggalah besar panjang,mereka lupa pada tangan ibu yang menyuapkan nasi ke mulut mereka semasa kecil.
Anak-anak muda ini tanpa segan silu berpelukan di tempat awam dan bercumbu di taman bunga,perlakuan yang amat menjijikkan.Bukannya tak di bendung tapi gejala sosial ini makin hari makin parah.Apa yang mereka cuba lakukan adalah cara hidup yang di adapitasikan dari Barat.Mereka tak menapis dengan sebaiknya dan syaitan adalah kawan di sebalik kerakusan mereka mencemarkan nama baik agama.
Bimbingan dari rumah dan jua rakan sebaya dilihat sebagai cara yang praktikal untuk melahirkan insan yang dapat membezakan halal dan haram.Menjauhi maksiat bermakna menjauhi diri kita dari melakukan dosa zina.Ambillah ikhtibar dari mereka yang telah terjebak,janganlah kita hanyutkan masa remaja pada jalan yang salah.Kita ingat mengingati pada diri sendiri,keluarga dan kawan-kawan......
Labels:
bicara semasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment