Tuesday, December 14, 2010

Bangsa ku


           Aku bukan ingin berbicara tentang kisah dahulu kala,bukan nak bercerita tentang Hang Tuah ataupun Tun Teja.Aku bukan nak bercerita tentang Puteri Gunung Ledang atau pun nenek kebayan.Apa yang ingin ku ceritakan ialah orang kita,bangsa kita yang suka makan kawan,yang kuat mengapu,yang tikam belakang semata-mata untuk naik gaji atau pangkat.

          Aku kisahkan begini,di satu tempat yang majoritinya kaum melayu sering kita dengar ada perasaan tak puas hati dan iri mengiri.Kenapa ini terjadi?Nafsu ingin lebih berkuasa dan tamak kuasa banyak di pelopori oleh bangsa kita.Memang aku tiada statistik yang boleh menyokong kenyataan ini tapi aku hujahkan melalui pengalaman ku semasa bekerja di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur.Sapa saja yang kuat mengapu suka mengadu pada pihak atasan pasti akan di naikkan pangkat sedangkan ramai yang tahu siapa sebenarnya yang boleh dan tak boleh bekerja,dan kebanyakkan mereka ini adalah bangsa ku.Itu yang aku sedihkan.Itu jua yang aku tak faham seolah-olah pihak atasan pun tutup mata.

        Kalaulah aku dapat bercakap bagi pihak yang teraniaya,aku ingin katakan pada kawan-kawan semua,insaflah pada apa yang telah dilakukan ,benar rezeki masing-masing tapi laluilah dengan penuh berhemah bukannya memburukkan orang lain.Sedarlah satu hari nanti kita akan kebawah seperti roda berpusing.Maaf kalau ada yang terasa,ini cuma keluhan kerana aku sayangkan bangsa ku.....

        Marilah kita sama-sama bantu membantu,tak ada ruginya kita berpimpin tangan untuk maju ke hadapan.Usah tinggalkan bangsa kita hanyut di belakang.Kalau bukan kita yang berusaha siapa lagi....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...