Setelah setengah jam memandu, tiba-tiba sebuah kereta Gen 2 merah memecut di lorong laju, dengan kelajuan yang aku anggarkan melebihi 150km sejam. Berderau darah aku bila kereta Gen 2 ni memotong kenderaan di depannya dengan cara yang merbahaya. Dah lah laju, ikut kereta depan rapat sangat, kalau lah kereta yang di hadapan membrek atau ada masaalah lain,t akkan naya di buatnya.
Wow beraninya dia, tak sayang nyawa.. terpacul ayat tu dari mulut ku.. Serentak juga aku makin memperlahankan kereta ku. Bukan apa tergaman aku di buatnya. Pemandu macam ni meletakkan undang-undang jalanraya di tempat duduk penumpang belakang. Bagi mereka tiada istilah takut.
Lamunan aku terhenti bila di hon oleh lori di belakang ku, alamak aku makin perlahan daa."Maaf ya , saya tak sengaja" bisik hati kecil ku. Aku masuk di lorang paling kiri dan mengangkat tangan tanda meminta maaf. Tahu apa yang aku dapat, satu isyarat lucah dan mulut terkumang kamit menyumpah aku gamaknya keluar dari mulut si pemandu lori tersebut.
Aduh.. makin tak ber etika pemandu di Malaysia ni . Tapi aku percaya ini cumalah segelintir sahaja. Masih ramai yang mengikut undang-undang jalanraya. Tapi betul ke... Entah anda fikirkanlah sendiri. Perjalanan aku hari ini menyaksikan satu peristiwa untuk dijadikan tauladan dan terpulanglah untuk kita menilainya. Tepuk dada tanya selera.


No comments:
Post a Comment