Saturday, December 25, 2010

PRK DUN Tenang (Johor)


           Mengikut laporan akhbar hari ini,Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengumumkan pilihanraya kecil DUN Tenang di Johor akan diadakan pada 30 January 2011 dengan pemilih berdaftar seramai 14,753 pengundi biasa dan 18 pengundi pos,dalam pilihanraya ke-12 lalu calon dari BN Allahyarham Datuk Sulaiman Taha menewaskan calon PAS Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi.Tolak campur darap, kita dapat anggarkan kemenangan itu dicapai dengan majoriti yang tidak berapa besar.Jadi apakah akan terjadi dalam PRK ini nanti.Apakah BN akan menang dengan majoriti yang lebih besar atau PR mencipta sejarah untuk menang kali ini.?

          Sekali lagi kewibawaan BN akan di uji oleh barisan Pakatan Rakyat.Johor yang selama ini kita kenal sebagai kubu kuat BN tidak harus memandang mudah cabaran calon pembangkang kerana pembangkang telah membuktikan dengan segala kuasa yang terhad mereka mampu menakluki hati pengundi terutama yang di atas pagar.Sikap terlalu yakin akan memusnahkan BN,kejayaan memenangi 4 daripada 5 PRK pada tahun ini mungkin menjadi asas yang kukuh untuk mengatakan rakyat telah kembali pada BN, tapi PR juga telah berjaya membuktikan bahawa mereka boleh mentadbir negeri di bawah pakatan rakyat selepas PRU yang lalu.


         Bukan kelemahan PR yang ingin diperkatakan,tetapi resepi yang akan digunakan oleh barisan kepimpinan negara dalam memenangi hati rakyat haruslah dijelmakan dalam PRK DUN Tenang nanti.Rakyat memang menilai dan sebagai orang biasa yang tiada kepentingan politik kita mengambil sikap tunggu dan lihat,rasanya elok kita dedahkan pemikiran kita dengan segala media dari kerajaan dan pembangkang supaya kita dapat berfikir sebagai pengundi yang matang dalam membuat keputusan.Apa jua keputusan PRK DUN Tenang di harap tidak akan mengugat kestabilan dan keselamatan negara.Perpaduan yang wujud harus dipertahankan walaupun berlainan parti dan berlainan prinsip pemikiran.

          Pada semua parti selamat memilih calon untuk mewakili parti masing-masing dan pada pengundi selamat mengundi..Anda di DUN Tenang yang berhak menentukan siapa calon terbaik untuk mewakili suara anda di peringkat tertinggi...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...