Saturday, December 4, 2010

Perjalanan seorang lelaki (suatu pengenalan)


Nama aku Zairi... nama glamour aku Kart Zaire.. dilahirkan di sebuah bandar kecil di negeri sembilan, bila umur ku mengintai 7 tahun, keluarga ku berpindah ke sebuah tanah rancangan Felda di negeri Pahang. Bermulalah kehidupan yang penuh dengan keperitan dan kesusahan, namun syukur kerana di situlah aku di ajar supaya lebih memahami erti kesusahan..

Di tanah rancangan inilah aku mendapat pendidikan awal.. kata mak, aku seorang yang pendiam... namun aku petah bercakap ,itu pula kata teman-teman sebayaku, aku pun tak tahu apakah itu benar.. andai nilaikanlah sendiri setelah membaca kisah ini. Bila umur ku menjangkau 16 tahun maka bermulalah kisah hidupku di alam remaja....

Kata orang tuah ayam nampak dikaki, tuah aku tak sapa yang tahu.. aku bukan seorang manusia yang boleh di kategorikan handsome, tapi meminjam kata teman-teman ku.. ayat ku power.. sebab itu aku senang dapat teman wanita.. entahlah aku pun tak tahu itu betul atau pun tidak...

Dijadikan cerita, surat dari kawan perempuan berlambak ku terima hinggakan mak dan ayah pun naik risau, al maklumlah aku ni baru belasan tahun dan masih lagi belajar.. apa pun aku ingat kata orang tua ku.. apa yang ku buat hanyalah mencari teman di kala kesunyian..

Aku terus dewasa dalam hidupku, bila umur ku menginjak awal 20an aku dapat merasakan ada kelainan dalam hidup ku.. DAN SEBENARNYA KISAH INI BERMULA DI SINI.... Aku masih ingat hari pertama di bandaraya Kuala Lumpur, aku antara jejaka desa yang terpegun dengan keindahan kota.. zaman kebebasan dari cengkaman keluarga.. itu yang aku fikirkan..

di bandaraya ini aku menumpang di rumah kakak ku...  hari silih berganti.. aku telah mendapat kerja di sebuah restaurant makanan segera di tengah-tengah bandaraya kuala Lumpur.. kini aku bergelar pekerja dan alangkah indahnya hidup ku di kala itu.. bebas buat keputusan dan yang penting nya aku juga bebas mengenali perempuan... awek ku silih berganti, duit gaji ku juga aku habiskan untuk menarik perhatian perempuan.. ahhh alangkah bodohnya aku saat itu.. tapi aku bersyukur kerana benteng keimanan aku masih kebal, mungkin dek kerana ajaran keras ayah ku yang garang atau jua mungkin kerana aku telah dewasa dan tahu halal dan haram..

aku tak pernah meneguk air kencing syaitan apatah lagi ke pusat hiburan, aku jua bukan mat rempit atau pun kutu rayau.. tapi aku habiskan dunia remaja ku dengan berdating dengan aweks ku... hinggalah teman-teman mengelarkan aku mat romeo.. ahh perasan aku rupanya.. tapi tak kisahlah, apa pun gelarannya aku tak kacau orang.. bagi ku aku gembira dengan apa yang aku lakukan..

putus cinta dan main cinta memang lumrah hidup ku.. kalau nak diceritakan rasanya memang tak cukup waktu..dari alam persekolahan hinggalah alam remaja aku tak lekang dengan kisah percintaan. Kata pepatah sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh juga ke tanah.. perumpamaan yang cukup sinonim dengan aku, mungkin kerana penat bercinta aku mengambil keputusan untuk berkahwin pada umur ku 25 tahun.. terlalu muda tapi itulah pilihan ku..

gadis kota yang amat aku sayangi, biar lah namanya ku rahsiakan kerana nama itu hanyalah untuk tatapan ku.. kasih ku padanya memang melimpah ruah dan akhirnya aku mengambilnya sebagai isteri ku yang sah pada 25.10.1996.. tarikh keramat yang menyatukan dua hati.. hari dimana aku terpaksa dan dipaksa meninggalkan segala aktiviti masa bujang ku dahulu... ahhh berat keluhan ku,  berat lagi bahu yang memikul.. dapatkah aku mencorakkan ke bahgiaan rumahtangga ku ini atau mungkin kah ianya akan hancur di pukul badai........

Perjalanan seorang lelaki kadang-kadang memenatkan.. tapi itu lah hakikatnya,perjalanan ini mesti diteruskan walau pun aku tahu badai dan taufan menanti, andai aku alpa pada kenikmatan dunia aku akan tersungkur dan andai itu terjadi, aku mesti bangun kembali menokah arus.. Ini lah perjalanan seorang lelaki, walau pun cerita ku terhenti dan tiada penghujung namun pada sesiapa juga yang bergelar lelaki ketahuilah kita yang mencorakkan kisah hidup kita.. Salam perkenalan dari saya seorang lelaki....

2 comments:

bobby Trapped said...

Salam bro,

Congrate,bro! now u've your own blog..i know this all kind of story is all about your personal life..and i know what happen to you..keep strong,bro..life must go on..i know how tough in marriage..hope,you can find some one else better than before..

keep writing,bro...

adiosss,
bob

KART ZAIRE said...

Thanks bob,harap-harap u selalulah tengok blog merapu aku ni....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...