Friday, December 10, 2010
Penantian
Aku masih mencari alunan indah dari bait bicara mu, aku masih ternanti nanti sampai bilakah aku harus menanti sinar yang bagaikan kelam tanpa bayangan.kiranya aku tahu kalam apa yang tersembunyi, barangkali aku tidak lagi menanti. Aku tak tahu sampai bila ianya berakhir.
Aku masih setia disini, menanti kau hadir seperti dahulu, menyapa cintaku dan menidurkan malamku dengan mimpi yang indah. Aku rindukan saat bibir mu membisikkan kalimah sayang sebelum aku di ulit mimpi. Semua itu kenangan yang ku nantikan, kenangan yang kelam di balik awan hitam yang seakan tak mahu beredar.
Aku masih disini, menghabiskan masa yang ada pada satu mimpi yang tak sudah, aku sebenarnya mahu lari dari bayang mu, tapi aku tak mampu melakukan nya, bayang mu sering menganggu rinduku, aku tak mampu menyingkir mu jauh dari sudut hati ku.. kiranya inilah yang dikatakan pasrah,s ememangnya aku pasrah pada takdir. aku pasrah menanti pada penghujung kisah kita.
Pada malam aku bisikkan kata azimat, agar esok ada rembulan yang mengiringi kepekatannya.. aku ingin melihat kenangan bertemu indah di maya iilusi dan kita di buai fantasi, biar pun aku tahu ianya semakin jauh meninggalkan aku. Kiranya kasih tak bisa kembali lagi, bukanlah kerana janji yang di dustai tapi kerana aku yang tak mampu melawan takdir.
Labels:
bicara hati
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment