Wednesday, December 22, 2010

Normy

       
Normy termenung sendirian, baginya amat payah untuk membuat pilihan antara Amin dan Haikal. Kedua-duanya sama tampan sama terpelajar. Amin ada lulusan undang-undang dan Haikal mempunyai ijazah kedoktoran. Fikirannya makin kusut bila mak Esah sering mendesak Normy untuk kahwin "Nantilah mak, mie masih muda, lagi pun tak puas nak enjoy, mie nak kumpul duit, lepas tu beli kereta, beli rumah, hantar mak dan abah pergi haji" kata normy bila diasak dengan pertanyaan oleh maknya." Mak bukan apa mie, umur kau pun dah dekat 28, elok benarlah berumahtangga, mak dengar kau dah ada buah hati" Mak Esah cuba mengorek rahsia anaknya."Ah! mak ni ada-ada saja,mana ada,kawan aje,dah lah mak, mie nak mandi,kejap lagi mie nak keluar" normy terus meninggalkan Mak limah yang masih tak berpuas hati dengan jawapan anaknya.

          Di luar jendela hujan turun renyai-renyai,di rumah hanya Mak Esah seorang diri, normy dah lama keluar, katanya balik lewat sikit sebab jumpa kawan. Mak Esah tak kisah sebab anak dara nya itu memang   pandai jaga diri. Pak Ibrahim suami Mak Esah masih di surau. Itulah saja aktiviti yang sering dilakukan sejak pencen setahun yang lalu. Bekas tentera yang tegas mendidik anak-anaknya. Mak Esah masih sibuk di dapur menyiapkan makanan malam,baginya itulah rutin,suaminya akan balik sekejap lagi dan mereka akan makan berdua. Di luar hujan dah pun turun dengan lebat,Pak Ibrahim masih belum balik. normy pun masih tak kelihatan.Sesekali Mak Esah memandang jam,"Dah pukul 9 malam ni,mana Pak Ibrahim"risau betul Mak Esah pada suaminya yang dikahwini 40 tahun yang lalu.

         "Mak, mak bukak pintu mie basah ni"tiba-tiba Mak Esah tersedar dari lamunan,bila ada orang mengetuk pintu bertalu-talu."Hah mie, kenapa basah kuyup ni, dah tahu hujan bawak lah payung"leter Mak Esah."Kereta kawan mie rosak kat hujung jalan tu, mie lari aje lah balik'' ujar normy acuh tak acuh."Dah pergi naik atas mandi lepas tu kita makan,ayah kau ni tak balik lagi, risau mak di buatnya".Mak Esah terus bersuara walaupun tahu normy dah lama masuk ke bilik.

         "Esah oo Esah, bukak pintu ni"suara garau yang memang Mak Esah kenal."Aaa abang, lambat balik"Mak Esah terus mengajukan pertanyaan."Pak Imam buat kenduri kesyukuran tadi.anak dia yang kat London tu dah balik,si Amran,tak kan kau lupa Esah oiii" ujar Pak Ibrahim sambil mengelap kepalanya yang basah."La lupa saya bang"kesal Mak Esah."Ha! tu lah asyik memerap aje dalam rumah,sampai hal-hal kejiranan pun tak tahu"keras perli Pak Ibrahim.Mak Esah hanya diam dan terus ke dapur,tak kuasa melawan cakap suaminya."Kau masak apa malam ni,aku ni dah makan tadi..makan sikit boleh la"teriak Pak Ibrahim dari ruang tamu."Ayam masak lemak kesukaan abang la"Mak Esah menjawap pendek.

       Hidangan makan malam sungguh enak sekali,tapi normy hilang selera makan,fikirannya masih kusut,pilihan belum di buat lagi."Kenapa kau mie, mak tengok dari tadi kau suap nasi satu satu,kau ada masaah ke?"tanya Mak Esah.Pak Ibrahim hanya senyap saja tapi menanti penuh minat jawapan pada pertanyaan yang ditanya oleh Mak Esah tadi."Tak de lah mak,tiba-tiba rasa pening lak"jawap normy.Ternyata jawapan itu tak memuaskan hati Mak Esah dan Pak Ibrahim."Jangan tipu mie, kami ni jaga kau dari kecil, sikit pun masaalah kami dapat rasakan."balas Mak Esah.Pak Ibrahim hanya menggangguk diam."Nantilah normy cerita" bingkas normy meninggalkan mak dan ayahnya untuk keruang tamu.Pak Ibrahim dan mak Esah hanya mampu melihat normy pergi ke ruang tamu dengan seribu persoalan.


       normy seperti leka sekali melihat tv di depan mata tapi sebenarnya fikirannya melayang jauh,teringat pada kisah tadi,sepatutnya hari ini normy  pulang lewat sebab hari jadi Amin,tapi entah kenapa hatinya resah teringat Haikal.Masa pulang pulak kereta Amin rosak."Kesian Amin"getus hatinya. normy dapat rasakan betapa kecewanya Amin bila dia ingin pulang awal.Tapi dia terpaksa,hatinya bagai di panggil-pangil untuk pulang,semacam ada keresahan yang bersarang.

     Suasana pagi yang cerah secerah hati nya dan normy ada jawapannya, siapa yang akan menjadi temannya disaat tua kelak. normy yakin pilihannya tepat. Dah berbulan normy fikirkan, dan hari ini normy telah buat keputusan dan nekad dengan keputusannya. Itulah normy gadis yang nampak lembut tapi keras hatinya.

    "Kenapa u buat keputusan ni mie, kenapa?, apakah I tak layak jadi suami you" berkali-kali Haikal bertanya pada normy, "Bukan u tak layak Haikal, tapi I yang tak layak dengan U. !.I minta maaf Haikal,ini keputusan I ,harap u terima dan memahami, suatu hari nanti you pasti bertemu dengan orang yang lebih baik dari I"normy terasa ada titisan jernih yang gugur dari pipinya,namun cepat-cepat disekanya, normy tak mahu kesedihan itu akan menyekat niatnya.Biarlah perpisahan terjadi untuk sesuatu yang lebih bermakna."U dah buat keputusan,dan I menerimanya walaupun perit untuk di tanggung,I tahu u dah ada pilihan lain, I doakan u bahgia mie "Haikal juga kesedihan tapi seakan ingin memendamnya..Dua hati kini terpisah cinta demi satu pengharapan yang berbeza. Haikal terpaksa merelakan perpisahan,dia tak mahu Normy terseksa jika terus bersamanya.Walaupun dia tak tahu kenapa normy meminta perpisahan ini namun Haikal bersikap gentlemen.Baginya bunga bukan sekuntum,walaupun percintaan mereka sudah menjangkau 5 tahun namun ketentuan Allah melebihi segalanya.Dengan hati yang berat Haikal meninggalkan normy keseorangan.Halimah tahu jalan yang di pilihnya ini penuh kesengsaraan tapi dia perlu lakukan,dia tak boleh membohongi hati."Maafkan mie,Haikal"bisik hati kecilnya.

      Amin dah berjanji nak datang esok, normy dah memberitahu maknya, Amin akan datang merisik.Bukan main sukanya Mak Esah dan Pak Ibrahim,hanya Tuhan saja yang tahu,keinginan mereka melihat anak perempuan bongsu mereka kahwin akan tercapai.Mak Esah dah menjemput sorang dua jiran,menolong membuat sedikit kuih untuk di jamu kepada tetamu yang datang,kata normy mereka datang 2 biji kereta dari Perak.Amin bakal menantunya pun ikut sama.Mak Esah terus tersenyum.normy masih di bilik,baginya keputusan memilih Amin memang tepat.Dia yakin dengan pilihannya.

     Hari yang di tunggu sudah tiba,normy pagi-pagi lagi dah bersiap,hari ini hari yang sungguh bermakna buatnya.Masa berlalu pantas,dari pagi menjengah tengahari,rombangan merisik sepatutnya dah sampai setengah jam yang lalu,sebelum bertolak Amin dah menelipon normy untuk memberitahu waktu bila mereka bertolak,tapi sekarang dah lewat sangat. normy cemas dan risau,tak pernah Amin begini,kalau lewat mesti dia telipon,normy masih merenung jauh di hadapan rumahnya,tiada tanda-tanda Amin dan rombangan merisiknya akan datang.Jiran yang datang dari pagi tadi ada yang dah pulang.Matahari dah tegak di kepala tapi bayang orang jauh yang di nanti masih belum tiba.

   "Ringggg ringgg"..telipon bimbit normy berbunyi."Hello ini normy ke?"Ada cemas dari suara tersebut."Ya..ya saya,sapa ni?""Ini akak Amin, normy mesti sabar ya, Amin dah meninggal sejam tadi"normy terasa bagai nyawanya nak putus, permandangan gelap di sekeliling.normy terduduk sambil menangis teresak-esak. Baginya inilah dugaan yang maha hebat dari Allah."normy sapa telipon, kenapa kau nangis"bertalu-talu soalan di tanya oleh Mak Esah."Mak..Amin dah tak de..dia kemalangan masa nak datang ke sini "jawap normy sambil airmatanya jatuh berguguran.normy tahu inilah dugaan dan ia akan menghadapinya dengan tabah.Kehilangan orang tersayang amat di rasai.Mak Esah turut bersedih begitu juga Pak Ibrahim,harapan melihat anaknya kejinjang pelamin,hancur sekelip mata.

     Petang yang mendamaikan, normy berjalan-jalan di gigi pantai,sejak peristiwa sedih beberapa bulan yang lalu yang meragut nyawa Amin,inilah kali pertama normy keluar bersiar-siar.Jauh di renung pantai Teluk Cempedak.Satu-satu ingatan terhadap Amin keluar dari sarang hatinya.Hari ini normy ingin mengingati semuanya kerana esok normy nekad ingin melupakan kisah silam.Air matanya mencurah -curah berguguran.Dia merelakan saja kerana esok dia tak mahu menangis lagi.Biarlah kisah ini terus menjadi kenangan dan esok dia ingin ketawa......Yang pergi tetap pergi dan dia tak mahu berduka lagi...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...