Monday, December 6, 2010
Mimpi atau realiti
Malam tadi aku di datangi oleh tetamu yang tak di undang, nak tahu ceritanya, Tapi agak menyeramkan jugak... malam tadi aku tidur agak lewat, entah kenapa hati aku resah, pada sapa-sapa yang pernah terbaca kisah SAKA dalam blog aku ni mungkin berminat mengikuti perkembangan seterusnya.. tapi aku tak yakin apakah makhluk yang datang masa tidur ku itu SAKA atau pun makhluk halus atau syaitan.
Jam menunjukkan 1.30 pagi, mungkin buat ramai orang masih terlalu awal untuk beradu, tapi ianya agak lewat bagi aku.. macam biasa aku tidur dengan membaca beberapa ayat suci al Quran yang ku tahu. Tapi anehnya aku dapat merasakan ada sesuatu yang memandang ku dalam kegelapan bilik.
Aku buat tak tahu aje, seperti mahu terlena aku terkejut macam ada satu bayangan hitam di hadapan ku.. Saat itu tidaklah pula aku merasa takut. Rasanya aku tak tidur lagi tapi.... entah lah aku paksa juga mata ku untuk tidur.. tapi aku dapat rasakan ada yang tak kena.
Diantara sedar dan tidak (aku lebih mengatakan mamai) aku terpandang satu lembaga hitam perempuan duduk di celah timbunan bajuku di sudut dinding bilik sambil memangku anak kecil. Lembaga itu memandang ke arah ku seperti orang marah. .apa lagi, ayat pertama yang ku laungkan sekuat mungkin.. ALLAH HU AKHBAR. .beberapa kali hingga terjaga...(kalau boleh dikatakan tidur)...
a ku dapat melihat bayangan tersebut dalam sinar kelam malam dan aku yakin itu memang syaitan. Tapi kenapa dia macam marah kat aku.. Semasa aku menulis cerita ini rambut dan bulu roma ku meremang.. kata orang ia ada di sebelah......
harap-harap malam ini aku dapat tidur dengan lena.. pada semua aku harapkan bantuan, mungkin ada ayat al Quran yang boleh ku baca sebelum tidur.. tolonglah ajarkan .. kerana malam ini aku nak tidur dengan aman.
Labels:
bicara seram
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment