Wednesday, December 22, 2010
gelora
walau tidak sehebat Hang Tuah atau segagah pahlawan silam, cuma manusia biasa yang telah hanyut di telan keresahan dan bersemadi dengan kepiluan silam, yang berkata-kata agar tintanya masih berbisa mengugat kalam, menyampaikan bicara derita, agar dapat di intai mentari dan membawa awan kelabu jauh di persada hati.
diri ku telah tewas di telan badai, telah tersungkur di pesisiran kasih yang tidak mampu bangun lagi, hanyut di buai kisah lalu. dan bicara ku bukan untuk meminta simpati, kerana telah puas meminta untuk disayangi, hanya mahu meminta sedikit ruang buat mengadu kisah yang lara, walau pun tak se hebat dahulu tapi masih mahu berdiri walaupun sering tumbang di tiup gelora.
dan aku bukan ingin di puja, bukan meminta secebis sayang kerana telah serik bersemadi di awangan cinta, hanya ingin dan melepaskan apa yang terpendam di hati dan pasti pergi setelah bicara terungkap setelah rindu terungkai, biarkanlah
aku menerobos kisahnya sendiri kerana aku tidak sehebat dulu, kepewiraannya usah di ragui walaupun mengharap ihsan semata.
perginya setelah kata dimenterai, setelah pilunya berlalu pergi dan meneruskan langkah pincangnya ke satu dunia, hanya lelaki ini saja yang tahu penghujung kisah silamnya.
Labels:
bicara hati
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment